Kekayaan, Kecantikan Atau Kebijaksanaan

siapa tak nak jadik kaya? semua orang nak. tapi....

kalau anda orang kaya, tapi anda tak cantik atau tak hensem dan tak ada kepandaian, apa akan berlaku seterusnya? kaya = duit banyak. duit banyak = buat plastik surgery = cantik! simple! semudah 123. tapi anda seorang yang bodoh. tiada ilmu. harapkan harta pusaka mak bapak jek. lepas tu kena tipu. lepas tu jatuh muflis.   dalam purse ada lagi beberapa ratus, pergi top up henset pastu buat call. "hello tauke, wa dah muflis laaa... wa ingat wa nak jual petai la..." mulakan hidup baru dengan menjual petai selepas muka sudah menjadi micheal jackson. micheal jackson jual petai... mesti laku gila!

kalau anda seorang yang tercantik sedunia! mungkin anda boleh mendapat gelaran miss world. tapi kalau bodoh, cakap omputeh pon tak tahu, macam mana? beauty without brain. eeeyuuu!!  pastu tak de duit pulak tu, yuran nak masuk miss world jek dah berpuluh-puluh riban, nak beli baju lagi, kasut lagi. mana mak ada duit nak... simpan jek la hajat kau tu. esok tok penghulu nak masuk meminang, kau terima je lah ye... keluh si emak tatkala anaknya menyatakan hasrat hendak memasuki pertandingan miss world. tapi si anak tak nak menerima lamaran tuk penghulu lalu melarikan diri ke bandar untuk menyertai uji bakat rancangan realiti tv.

kalau anda seorang yang bijaksana, dapat pointer 3.96 macam hanis zalikha, tapi tak cantik dan tak kaya, eh! hanis zalikha cantik, kaya pulak tu! tak boleh tak boleh. yang lain-lain lah. tak nak hanis zalikha. lepastu dah pandai, dapat kerja bagus. gaji 20k. pastu dah kaya. beli kereta. pastu baru dia sedar disebalik kejayaan dan kekayaan dia ni tadi, rupanya da satu kekurangan. esok pergi hospital pakar, dapatkan khidmat doktor kulit. doktor sarankan ubat itu ini itu ini. mahal tak jadik masalah. pergi pulak london weight mangement, 3 bulan selepas, pergh!!! lawa siot! balik kampung orang kampung dah tak cam!

itulah kelebihan menjadi orang yang berilmu. kecantikan dan kekayaan tidak penting. hanya bersifat sementara. tapi, siapa cakap kecantikan tak penting?! eh, bukan tadi kau baru cakap ke? sebenarnya, kecantikan pon penting juga untuk pembawaan diri. supaya lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. itu adalah satu bonus. tapi, bagi saya, kecantikan boleh dicapai dengan keyakinan. siapa yang yakin dengan diri sendiri dan kata dirinya cantik maka cantiklah dia. tapi jangan over confident pulak. kang kena ketawa. hahaha!

kecantikan boleh dicapai dengan alat bantuan seperti make up. sebab tu lah orang bijak pandai ni cipta make up untuk membantu mereka-mereka yang kekurangan ni tadi berasa yakin dengan diri sendiri. make up berfunngsi untuk menutup kecacatan pada wajah dan juga menonjolkan kecantikan semula jadi. bukan untuk menjadi orang lain. kalau nak jadik orang lain baik pergi buat construction face. tapi, lelaki suka cakap, girls look better without make up. girls look even more prettier with their naked face. hello guys! ingat tak tahu ke orang lelaki! lelaki ni nak yang cantik-cantik jek. like my mom said before, perkara pertama yang lelaki tengok adalah cantik. so, lelaki yang cakap macam tu semua hipokrit! kalau aku bagi korang yo so bettie la fieya kau nak?? x nak kan! sekali jek yo so bettie la fieya dah mekeover jadi cantik, ha! terbeliak bijik mata korang! semua nak ajak date! eeuuw! what the!

tapi walau apa pun, kecantikan dalaman adalah yang paling penting! tak guna muka cantik tapi perangai macam mangkuk. dan aku pula padah-padah tak suka menilai orang dari aspek luaran. tengok muka cantik jek mesti baik. tengok pakai lawa jek mesti cool, tengok pakai ntah pape jek, mesti jahat. that is really not my thing, aku rela kawan dengan orang yang dress up ntah pape tapi tak menyusahkan aku rather than kawan dengan orang cantik, dressup gerek gila, hot tapi perangai bikin aku jadi gila. nasib baiklah kawan aku tak ada yang gini. pandai gak aku carik kawan kan?? ^^

so, moral of the story, menuntut lah ilmu sampai ilmu tu dah annoying gila tengok muka kau sebab ilmu tu kekal tak hilang kemana. duit boleh datang boleh pergi, cantik boleh buat boleh hilang. tapi ilmu dan amal tidak begitu.