first week sekolah lepas cuti mid sem aritu. masih dalam mood cuti denagn segala homework tidak disiapkan dan tengok buku teks macam tengok "mukabuku''. dan result exam pon yang mid term pon dah dapat tapi adalah sikit-sikit lagi tu yang belum dapat sebab cikgu bersalin. bulan 8 nanti kot baru dapat. orang kerja kerajaan cuti bersalin sekarang dua bulan kan? ni yang nak mintak kerja kerajaan ni nanti! cleaner dekat pejabat daerah pon jadikla. kerajaan jugak kan.... result? not bad la...ada peningkatan! wah gitu! ^___^
tapi apa paling menariknya minggu ni ialah saya telah kena gegata sebanyak dua kali. ya. dua kali dalam seminggu. gegata atau dalam bahasa saintifiknya sayataktahuapanamadia, ialag gatal-gatal di tempat-tempat tertentu dia anggota badan beserta bintat-bintat yang banyak. siapa yang bertuah kenalah satu badan. masa first time saya dalam minggu ni lah, bukan first time dalam hidup, masa hari isnin. kena dekat muka ya. ok, jangan harap aku nak tarok gambar! kena dekat area mata dengan dahi. kat kelopak mata pon ada. pastu mata saya jadik seper sebab kelopak mata telah membesar. mata aku dah la kecik! kena pulak gitu. haisy....
kali kedua kena semalam. hehe. semalam patutnya kena pergi seminar ape ntah anjuran PDRM. nak cerita pasal ada berapa banyak mat rempit dekat malaysia dengan mencuri selipar masjid itu berdosa lah tu...-__- dah siap-siap dah kan semalam. semangat gila ni! da siap pakai baju sekolah semua. tiba-tiba jek, masa tengah gosok tudung, alamak! gatal sudah. (aku mandi kan tadi? bisik hati kecil ku ini) tiba-tiba gatal makin banyak. bukakla baju. sekali jek, lagi banyak dari yang first tadi. eeeee!!! aku cakap aku yang takut! menggerunkan. terus lah taruk ubat dan tak jadik pergi! ubatnya biasalah. ramuan tradisional resepi turun temurun. kunyit dengan kapur yang buat makan tu (bukan kapur barus) gosok dekat belakang pasu. tapi mak saya malas nak buat kat belakang pasu sebab pasu semua dah guna. tak ada pasu khas untuk pesakit gegata so dia gosok kat atas piring jek. dah tak tradisional sangat la...tapi berkesan jugak!
and lagi satu, orang kena gegata ni tak boleh mandi nanti melarat. so, saya belum mandi. hehe... dari bila jangn tanya...hehe... tapi apa yang uniknya ialah, asal aku kena gegata jek rumah mesti tak ada karen. masa hari isnin gitu. semalam pon gitu gak. bukan setakat rumah saya jek malah satu taman perumahan. wah! hebat gak aura aku!