Aku Kembali!

jyeah!! setelah hampir sebulan di tempat yang tak berapa nak seronok itu, akhirnya aku berjaya! melapaskan diri. tempat itu hanya mementingkan pendidikan semata! which is memanglah bagus kan untuk future but don't you think about time? time doesn't wait for anybody. how about your time with your friends? ok, kat sana terlampau banyak friends. cut out. time with your family? your time that so called 'zaman remaja yang indah'? ha??

bayangkanlah kalau dah dari seawal umur 13 tahun yang belum baligh tu dah diletakkan kat sana, masa yang ada untuk dia dan keluarga dia hanya 13 tahun. sejak dia lahir sampai umur dia 13 tahun. lepas tu of coz lah dia masuk u kan. silap-silap pergi overseas lagi. bertahun-tahun. lepas tu kerja mestilah jauh-jauh kan. tak kan nak kerja dekat kampung halaman potong daun kelapa. kalau dah kerja jauh, mestilah kahwin pon dengan orang jauh kan. tak kan nak kahwin dengan jiran sebelah. so, just imagine how this sweet little child's life could end up like? i'll bet you lah, jumpa family pon mesti setahun sekali. hari raya. tu pon bagus setahun sekali. kalau pakai sistem demokrasi, balik kampung gilir-gilir dengan hubby? dua tahun sekali balik kampung. jumpa mak ayah pon kang dah macam tak kenal. tanya sepatah jawab sepatah...

sangat kasihan. anak membesar pon mak dia tak nampak. balik-balik jek dah besar. balik lagi jek dah besar lagi. hish! so, kita yang berada di depan mata mak bapak ni, rasalah beruntung! so, aku decide untuk balik. ya, balik rumah dan meneruskan kehidupan aku seperti sediakala. setelah ditimbang beberapa kali, ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi, segala rumus addmath juga telah diguna pakai, aku pasti keputusan aku tepat!

selain daripada faktor-faktor yang telah dikemukakan tadi, faktor kelas pon mempengaruhi sebenarnya ha, yamg ni point penting. sila tumpukan perhatian. ambil pen dan gariskan. kalau ada highlight lagi bagus ye murid-murid. kan aku dah cakap kan yang kat surat tawaran tu dapat kelas aliran teknikal. pastu dah call sekolah tu, dia kata boleh tukat aliran. so, exited lah ni nak pergi! kejap lagi jek, tak dapat tukar kelas dengan alasan kelas pure science dah penuh..??.. so, dia campaklah aku kat kelas teknikal. mana tak berbulu aku bila kena belajat technical drawing dengan technical engineering. technical drawing tu ok lagi sebab minat kan, yang lagi satu tu ha! dah lah aku tak tahu satu benda pon pasal subjek tu! kejadah apa pon aku tak tahu! lagi satu, diorang dah habis belajar. menghampakan. dah lah tak ada bio. at last, langkah terbaik untuk menyelamatkan masa depan aku ialah balik.

tapi apa yang penting, aku sangat percaya yang dekat mana-mana pun kita boleh berjaya. cuma dekat situ mungkin peluangnya lebih cerah. itu sahaja. sekolah semua sama cuma benefitnya sekolah ni ialah senang dapat pergi overseas dan universiti yang akan cari kita and kalau bertuah, dapat la scollarship. itu sahaja. yang lain semua sama.sekolah tu memang bagus. aku tak nafikan. tapi terlalu mengajar masa depan yang kita tak tahu apa akan berlaku pon tak elok jugak. bukan lah bermakna tak payah berusaha untuk masa depan tapi kena fikir juga kalau kita bertungkus lumus untuk berjaya di masa depan dan satu hari nanti mungkin kita akan berjaya. tapi macam-macam kemungkinan boleh berlaku. kalau kita tersungkur? siapa tahu apa yang akan belaku di masa depan? hanya Allah yang tahu. tapi, kita kenalah berusaha juga for the brigth future! jangan serahkan segalanya pada takdir ya...

semua orang kata sangat rugi aku melepaskan peluang ni. memang ya. tapi aku fikir tak. mungkin mereka yang lain sanggup melepaskan waktu-waktu yang berharga bersama keluarga yang tinggal lagi 2-3 tahun jek. tapi tidak bagi aku. aku nak memanfaatkan masa-masa yang macam ni lah untuk aku lebih menghargai apa yang ada di sekeliling aku. pergi sana banyak mengajar aku sebenarnya. sekarang, aku lebih menghargai masa, keluarga, dan segalanya yang ada di sekeliling aku. kalau dulu aku tak ambil pusing pasal semua benda yang berlaku di sekeling aku malah kadangkala aku benci, tapi sekarang aku hargainya. walaupun kena marah dengan mama atau kene beleter dengan abah. aku sangat hargai. :)

walaupun dulu sebelum pergi sana kemain aku bergebang, tapi tu semua sebab faktor exited dan bangga dengan diri sendiri yang tak seberapa ni. realitinya, indah khabar dari rupa. semuanya tak seindah apa yang diimaginasikan. so, kalau nak hantar anak pergi asrama tu, atau diri sendiri yang nak ke asrama, nasihat akak yang dah nerpengalaman ni walaupun tak lama, tanya lah dia tu, dah bersedia atau belum nak tinggalkan segala kehidupan dia yang normal? dah puas ke belum hidup dengan family dekat rumah ni? so, sebelum kita pergi ke universiti kelak, ayat aku memang tak boleh blah malam ni, make sure diri kita dah bersedia dan dah berasa puas dengan kehidupan di rumah bawah ketiak mak.

konklusinya, hargailah segalanya yang ada di sekitar kita expecially parents kita. aku tahu korang benci bila kena marah tapi bayangkan bila dah tak ada lagi marah daripada parents tu? walaupun kita sakit hati tapi cuba terima dan hargai. mungkin korang belum sedar sebab korang belum duduk asrama macam aku. haha! tempat tu banyak menyadarkan aku dengan banyak perkara! apa yang pasti, aku belum ready! aku bahagia tinggal di sini! menikmati kehidupan aku yang normal. suka hati korang lah nak cakap apa yang penting aku bahagia! jyeahhh!!!