Happy Ramadhan al-Mubarak!

ooohooooiiiiii!!!! kalau dah mata bertentang mataaaaa.... hati bagai nak gilaaaaa....apa aku merepekkkk....

tamat sudah sehari puasa. jangan risau. ada lagi 29 hari! -__- yes! tolak tujuh atau lapan hari, adalah lagi dalam lebih kurang 21, 22 hari. biasalah..orang perempuan kan. hehe.. tapi ganti jangan tak ganti! yang tahun lepas punya dah abis ganti belum ek??

anyway, sempena puasa tahun ni, aku bersyukur sangat-sangat dapat puasa kat rumah. ye la..as you all known kan, aku kan budak separuh asrama. nasib baik aku cabut awal-awal. kalau tak tahulah apa nasib aku kat sana. berbuka ntah pape. sahur lagi lah. hukhuk..sedihnya.. :'( tak dapat buat kuih raya dengan sisters-sisters ku tersayang. ok! tak yah cerita. kang jadi cerita sedih pulak. tapi dekat sanalah tempat terbaik untuk buat amal jariah. berdasarkan status seorang makhluk yang aku kenal masa kat asrma ni, dia kata dia rindu kehidupan dia yang dulu, dia rindukan kebebasan dia yang dulu, dia rinu kawan-kawan dia, lagi dia kata kat sini(asrama) menyeksakan. tapi yang menyeksakan tulah yang terbaik. dia semakin dekat dengan tuhan dan jadi semakin baik. (dulu dia tak pakai tudung, sekarang dia dah pakai). memang betul. itulah situasi sebenar. dulu dia kira sama lah lebih kurang dengan aku. nak kata jahat tu tak lah. nak kata baik beriman-suci-beno pon tak lah jugak. naka-nakal ayam la... tapi sekarang, dia dah baik. sampai ada seorang member lama dia ni cakap, dia tak layak jadi budak asrama. hahahaha!!

tapi itu dia. dia kuat. dia dapat ketepikan segala perasaan dia dan sanggup berkorban. baguslah macam tu. dia sendiri yang mengaku kat aku dia benci sekolah tu sebenarnya. tapi aku tak. malah aku happy berada di rumah. menyambut ramadhan bersama family. buka sama-sama makam lauk kari yang wajib. bangun sahur lambat-lambat sampai mama kene pekik sampai rumah ujung pon boleh dengar. pastu kalau sahur tak nak makan nanti abah marah. balik sekolah boleh bergelimpangan depan tv dengan adik-adik dengan baju sekolah lagi dengan alasan penat puasa. dah dekat nak raya nanti boleh buat cookies sama-sama. chock cornflakes juada wajib. bak kata kakak beli cornflakes seguni. ni yang nak kena ada scandal dengan toke ladang jagung ni.senang sikit nanti..

tahun ni ada niat nak pergi sembahyang tarawih. tapi tak tahu nak pergi dengan siapa. nak pergi dengan abah, abah bukannya sembahyang sama-sama. nanti tak ada kawan. tak ada kawan satu hal lah. tak kenal sesiapa lagi payah. kang yang ada makcik-makcik veteren jek. nanti mesti aku tegak jek dekat situ. maklumlah, oarang tak pernah pergi tarawih. haha! jujur gila~

anyway, selamat berpuasa to all muslims in the world! kalau buka tu, makanan melimpah ruah sampai kene tambah meja lagi satu, ingat-ingatlah orang yang kekurangan terutama sedara-sedara kita kat gaza tu. tahulah bazar depan rumah kau kan, tak payah lah nak beli satu bazar. sesungguhnya membazir itu amalan syaitan. dan sempena ramadhan ni pulak, aku ada satu azam iaitu nak kuruskan badan! wakaka! kau ni macam-macam ek, kejap nak gemok kejap nak kurus! biasalah nyah, semenjak balik dari asrama ni, makin comel plak muka aku ni. baru duduk dua minggu. kalau duduk dua tahun? hari-hari makan nasi kawah ni lah hasilnya. taraaa!!! tapi boleh ke? biasanya bulan puasa badan makin naik adalah. tak pernah seumur hidup aku, aku puasa jadi kurus. kebanyakannya bertambah satu hingga dua kilo. tapi tak apa. tak kurus pon tak kesah.kalau naik lagi bagus. murah rezeki mak. apa kena mengena? bukanlah nak kurus sangat-sangat. gini ok ape! kan? cuma nak kempiskan perut jek. hakhak~