rasanya belum terlambat kan nak buat entry pasal merdeka? kalau dah lambat pon kalau pasal sibuk buat kuih raya, jahit manik kat baju termasuk juga lappy rosak, dimaafkan kan??
sempena bulan kemerdekaan ni saya pon ade juga cerita satu malaysia. ala-ala "my story" yang kat astro tu la... tak de rezeki jak nak masuk tibi..kalau la dapat masuk tibi, sayalah directornya nyah! glamour lagi mak! dah lah baju raya glamour, bermanik seribu lagi. meriah! ala-ala datin wanabe gitu! wah! akulah yang paling terserlah kat kampung nanti! satu kampung nak datang beraya nak tengok aku nyah! huhh...penat mak nak melayan. mana yang nak mintak autograph lagi, nak bergambar lagi. haduh!
tapi itu bukanlah cerita satu malaysia saya. ini cerita satu malaysia saya.
pagi-pagi breakfast di kedai ah seng,
makan tengahari di restoran baser,
tea time di warung india,
makan malam mama masak.
setiap pagi kami sekeluarga akan menikmati sarapan pagi di kedai ah seng. makan roti bakar, teh tarik dan roti telur. kadang kala kami order mi kari atau baba laksa. telur setengah masak feveret abah. dua bijik tak tinggal. jangan risau, dijamin halal!
pada waktu tengah hari pula kami akan rasa lapar. bila berasa lapar, restoran baser pilihan utama. nasi ayam menu teristimewa. menjamu selera tak hingat dunia. nasi beriani juga tak kurang hebatnya. orang ramai tak terhingga. ada banyak cawangan di seluruh negara. pernah masuk dalam paper utusan malaysia. nasi ayam baser terbaik di dunia!
destinasi minum petang kami pula dia kota jaya. sebuah taman perumahan yang paling busy di kota tinggi. hanya beberapa kilometer dari rumah saya. terletak pula restoran kaliagamnasirayamuthusamyaliakoklesyanen yang ber maksud mari makan tosey! kakak dan abah suka tosey. saya suka putu mayam. mama suka chapati adik-adik suka roti canai abang bedal semua. tosy dimakan bersama kari putih. (tak tahu nama dia apa) nampak pelik tapi mama kata sedap. jangan risau, diajamin halal!
terdapat lagi satu restoran yang menjadi kegemaran kami sekeluarga iaitu bunner kabana. restoran pakistan. puri dan roti nan memang marveles! apatah lagi dicecah bersama kima atau kari kambing. emmm! yummy! dalca pon sedap jugak. jus manggo lassi yang pekat lagu enak berkrim memang tak dapat dielakkan. walaupun dia bukan orang malaysia dan tak ada kena mengana dengan tema 1malaysia, tapi saja jek aku nak promot restoran dia kat sini... hahah!
konklusinya, itulah cerita satu malaysia saya. walau dimana pun saya mencekik dan mengenyangkan perut, perut saya tetap kenyang. haha! tsaya tidak memilih tempat makan walaupun berlainan bangsa dan agama. janji halal dan sedap. perut aku pon kenyang. bila perut kenyang, senang hati! saya kan orang malaysia dan kami adalah satu malaysia!