menurut apa yang saya baca, nazar hendaklah dalam perkara ta'abbudiy iaitu ketaatan dalam melakukan sesuatu ibadah kepada Allah. so, kalau tiba-tiba Ali (bukan nama sebenar) nak bernazar gini, "kalau aku dapat kereta baru warna merah abah belikan, aku nak jual motor buruk kat belakang rumah tu!" itu buka nazar sebaliknya niat sahaja. lain pulak kalau "kalau aku dapat kereta baru warna merah abah belikan, aku nak sedekah motor lama aku tu kat pakcik belakang rumah ni" itu baru nazar sebab melakukan ibadah kerana Allah.
nazar yang disukai dan disunatkan Allah ialah nazar tabarrur iaitu nazar berbuat kebajikan atau ketaatan kepada Allah. sebab tulah nazar Ali yang kedua tadi dikira nazar sebab menjurus kepada kebajikan. jadi, nazar sebenarnya da dua jenis iaitu:
- nazar mutlak
nazar ini selalunya dilafazkan setelah memperoleh nikmat atau terhindar dari bala'. nazar ni hukumnya harus. contohnya, Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau Allah bagi rezeki. so, diharuskan bernazar sebagai tanda syukur.
- nazar mu'allaq
bernazar untuk mentaati Allah sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang.juga bermaksud kalau impiannya terlaksana. nazar yang bersyarat begini hukumnya makruh menurut kebanyakan ulama. sebab ibadat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidak sesuatu hajat itu. kalau tercapai hajat dia ali buat. kalau tak kesampaian ali tak buat. so jelaslah bahawa si ali ni niat dia bukan nak mendekatkan diri kepada Allah sebaliknya dengan niat sebagai barang ganti.
lagi satu, siapa yang dah bernazar tu hendaklah kena tunaikan. jangan sampai kita berhutang dengan Allah. oleh itu, kalau nak nazar tu, pikir dulu betul-betul. sebab apa buat nazar? kerana nak beribadat kepada Allah atau nak buat pertukaran dengan Allah? so, jika nazar yang diucapkan bersertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuatnya ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji, dan rosak. ia hampir kepada kufur. ia termasuk dalm dosa besar.
akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal!! ^__^
sumber: dipetik dan diringkaskan daripada Mega: Utusan Malaysia, Kemusykilan Agama oleh Ustaz Mohd. Ravi Abdullah