DUNIA TANPA BATASAN

Pada era globalisasi kini,alam maya membangun setanding dengan pembangunan pesat negara. Hidupan masa kini semuanya bergantung kepada enternet. Maklumat bukan lagi di atas kertas tetapi di skrin monitor. Jari menekan maouse. Bukan sahaja mencari maklumat, membayar bil dan mencari kerja juga menggunakan enternet. Selaras dengan perkembangannya, laman-laman sembang juga giat membiak bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Kebanyakan mereka yang menyertainya adalah antara golongan-golongan profesional dan celik IT. Tidak kurang juga dengan golongan pelajar. Tetapi adakah facebook, my space, twitter, hi5, dan freindster mendatangkan kebaikan?
Dengan adanya laman-laman sembang seperti ini, kita dapat dihubungkan dengan semua penghuni bumi. 'Dunia tanpa batasan' satu ungkapan yang cukup sempurna untuk menjelaskannya. Kebanyakan daripada kita dapat bertemu kembali dengan teman-teman yang sudah lama tidak berhubung. Ada yang sudah puluhan tahun terputus hubungan dan dengan adanya facebook mereka dapat berhubung kembali.
Tetapi ada juga yang menggunakannya dengan cara yang salah. Mereka telah menyebarkan idealogi-idealogi yang tidak sepatutunya di laman-laman seumpama ini. Bagi mereka yang mudah percaya akan terpengaruh dengan idealogi yang tidak berasas ini. Kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar dan kanak-kanak. Terdapat juga segelintir yang lain yang cuba menjalankan aktiviti-aktiviti tidak sihat. Tidak kurang pula dengan mereka yang suka memburukkan-burukkan orang lain.
Oleh itu, sebagai seorang manusia yang hidup pada zaman '
teknologi adalah segala-galanya' ini, penggunaan akal fikiran yang waras yang dikurniakan tuhan adalah sangat penting dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Fikirkanlah perkara-perkara yang logik. Bukanlah perkara yang tidak logik itu tidak berlaku, dengan kuasa tuhan apa-apa sahaja boleh berlaku. Tetapi pertimbangna minda harus selaras dengan perkembangan teknologi. Janganlah suka membuang masa dengan memikirkan dan mempercayai perkara yang belum terbukti kesasihannya walaupun teknologi masa kini dapat membuktikan apa sahaja walaupun yang tidak dapat dicapai akal.