perempuan zaman sekarang

perempuan zaman sekarang....mana hilang manisnya? bertudung tatkala keluar berjalan tetapi terdedah juga rambut di myspace...apakah??? bertudung tetapi berbaju tidak berlengan...apakah??? bertudung tetapi bertandang juga ke gig...apakah??? jika begini adalah lebih cantik jika tidak bertudung. jangan jadi hipokrit. jangan bertudung hanya kerana mak suruh, nenek suruh, ayah suruh... atau sudah biasa kerana dari kecil sudah diajar bertudung. tetapi apabila besar, tudung masih di kepala tapi pakaian entah kemana.
remaja perempuan zaman sekarang ramai yang begitu...aku pun tak faham dengan mereka ni. bertudung menggambarkan satu image yang baik. jangan burukkan image tersebut dengan perangai yang hodoh. entah kenapa tapi aku cukup benci dengan orang yang macam ni. jangan jadikan tudung sebagai alasan! orang selalu memandang mereka yang bertudung ini baik dan mereka yang tidak bertudung ini jahat. tetapi sedarkah anda jika beginilah cara mereka yang bertudung, lebih baik tidak perlu bertudung! baik lagi mereka yang tidak bertudung.
aku sering lihat orang melakukan maksiat di tempat awam. yang peliknya aku tak pernah lagi nampak perempuan yang lakukan maksiat itu tidak bertudung. yang aku nampak semuanya bertudung litup. mungkin perempuan yang tidak bertudung melakukan maksiat di tempat lain...siapa tahu...
jangan menyembunyikan kejahatan disebalik kain tudung. itu sungguh buruk!! ada yang lebih buruk lagi, apabila keluar elok saja tudung di kepala tetapi apabila di myspace, semua nak didedahkannya! mungkin perempuan-perempuan sebegini cemburu dengan mereka yang tidak bertudung...melihat mereka cantik berembut panjang, pendek, hitam, perang... jika mereka berambut cantik sekalipun, tiada siapa yang tahu kerana tersenbunyi di sebalik tudung. adakah mereka fikir begitu? jadi, satu-satunya oeluang mereka untuk menunjukkan "asset" mereka adalah dengan gambar.
hmmm... sangat bodoh. kenapa bertudung lagi jika semua orang sudah tahu bagaimana rupa anda selepas membuka tudung? apa-apa pun, ubahlah persepsi diri anda sebelum mencemuh masyarakat sekeliling yang mengata. masyarakat sentiasa memerhati....