HITAM ITU SEXY

ok. hari ni bukan nak bagi tips macam mana nak putihkan kulit atau nak hitamkan kulit ye. sya nak cakap yang berkulit hitam itu cantik dan seksi. ini bukan kenyataan saya tetapi memang sudah terbukti.
anda rasa dia cantik? saya rasa dia tersangat cantik. dia adalah seorang model dari eitophia. tahu eitophia? tempat orang hitam yang budak kecil disana tidak berbaju. dan kadangkala berperut buncit dan berkepala botak dan besar. pada tahun 2009 sahaja dia telah membuat duit sebanyak 3.5 billion dolar america dengan kulit hitamnya. jangan memandang rendah pada mereka yang berkulit hitam. ceh..cakap macam tu sebab aku sendiri pon hitam. hikhik.. tapi aku tidak terlalu obses hendak memutihkan kulit seperti orang yang obses hendak kurus. lepas ni kena buat entry "gemuk itu menarik" pulak. tapi, mestilah kadang-kadang ada rasa rendah diri sikit. tapi saya rasa saya lebih cantik dari orang yang berkulit putih gebu. adakah itu cukup untuk menunjukkan rasa yakin diri? nabila huda sendiri mendambakan kulit gelap kerana pada tanggapannya kulit yang gelap itu seksi. saya sangat setuju! bakal pengantin mat saleh akan mengtantkan kulit mereka sebelum hari perkahwinan berlangsung kerana pada pendapat mereka, kulit yang tant akan menonjolkan baju pengantin mereka yang berwarna putih.

oh ya. cakap pasal minah kat atas ni, dia juga adalah model kulit hitam estee lauder yang pertama. belum lagi sebut tyra banks, kimora lee simmons dan naomi cambell. mereka sangat berjaya dan kaya raya dengan hanya menayangakan kulit mereka yang hitam itu. kenapa banyak sangat iklan produk pemutih kulit? yang menjanjikan keberkesanannya hanya dalam empat minggu? lagi melampau apabila dua minggu. kenapa percaya dan terus beli? lepas tu pakai. empat minggu kemudian, tak ada apa-apa hasil pon. tipulah kalau saya tak pakai. ya, saya juga pakai. tetapi tidak pernah berharap. ayat seperti mengharapkan cinta dari ronaldo docapprio. kenapa siti nurhaliza boleh putih sedangkan masa dia baru-baru jadi artis dulu tak lah semulus itu? tanyalah dia. duit dia banyak suka hatilah dia nak buat apa. mungkin dia menghabiskan beribu-riban ringgit untuk menbapatkan kulit yang begitu cantik. sebab tu datuk k nak kat dia.

persoalannya, saya tak faham apa yang saya tulis hari ini. isi berterabur. mungkin ini semua adalah angkara nyamuk yang berkeliaran sekarang ni. ok ok. persoalannya, kenapa tak sukakan kulit hitam yang menarik ini? pepatah dahulu ada berkata, boleh ke pepatah berkata-kata? x pe la. aaaa... maafkan saya kerana terlupa pepatahnya apa. malas pula hendak mencheckdout internet padahal internet di depan mata. saya suka akan kulit saya yang hitam ini. tidak pernah terfikir untuk menjadi putih seperti tiz zaqyah. kalau salah eja, sorry. kerana ini adalah personaliti dan kerana kulit hitam ini lah orang kenal saya. saya bercakap benar. saya sukakan kulit saya dan tak nak menjadi putih, saya juga tak nak jadi semakin hitam daripada sekarang. saya suka macam ini lah. relek-relek jek...

kau tak suka orang hitam? kau rasa hitam tu huduh? kau rasa kau putih kau cantik la? aku peduli ke? tak ada pun orang nak buat enty PUTIH GEBU ITU SEXY?. orang pun tak peduli kalau kau rasa kulit kau putih kau cantik.
*pernyataan ini tiada kena mengena dengan sesiapa. bukan melepas geram.
 liya kebede



dia juga adalah sangat hensem kerana bernama black dalam twilight!