tajuk entry ni nampak macam marah jek kan. tapi sebenarnya tak kot. tajuk ni tak ada kene mengena pun dengan apa yang nak ditulis ni. ok. sebenarnya adalah sikit kot. tapi kalau tak ada buat-buat ada jek la eh.
seperti yang anda lihat, pesbuk atau lebih dikenali sebagai facebook (tapi suka cakap pesbuk) badge saya yang kat tepi tu talah hilang. tak tahu kemana dia menghilang. puas mencari tetapi tidak ditemui.sampai dah buat yang lain sebab ingatkan yang lama dah tak boleh pakai. terpaksalah copy balik kod dia dan buat semula la. siap tukar nama lagi. hikhik.. malah, apabila di checkdout di blog-blog orang lain juga tidak ada. tapi yang pakai fans site ada pulak. ini tidak adil! >:( pihak pesbuk haruslah membuat sesuatu tentang perihal ini.
sebab pesbuk badge tu dah tak ada, so blog tu nampak macam tak siap. so, saya pun menaroklah profile pula kat tepi tu.selama ni *bendatang tu tak ada. ok kot bila tengok balik. :))
dan, saya juga telah menarok counter kat tepi tu jugak.(tapi dah ada sitemeter kat bawah tu kan? o.O) konon-konon nak tengoklah berapa kali blog kita di view kan. saya start dari kosong. jujur gila. tak peduli la kalau views tu sikit ke, baru ada 15 ke, kesah ke? ada ke tak ada ke orang baca penulisan saya, tak peduli pun. asalkan saya gumbira!! don't worry..be happy..(lagu dolu-dolu) hikhik..
~ada kot kene mngena tajuk dengan entry~
*bendatang
penggabungan dua perkataan iaitu benda dan binatang.
bila nampak apa-apa yang tak tahu nama suka cakap binatang walaupun ianya adalah benda.
lepas tu cikgu marah. dia kata "binatang..binatang..benda lah!"
so, tak puas hati, nak jugak perkataan binatang tu.
lama-lama jadi "bendatang" (benda+binatang)