tadi siang dengan semangatnya aku nak pergi tengok cite alice in wonderland. ceh...aku pun pegi la bergebang dengan kawan-kawan aku sume ajak tengok movie la kononnya...sampai jek kat jusco tebrau, tanpa berlengah terus pergi toilet.(memang habbit aku kalau pergu shopping compelx jek tempat first yang dituju ialah ladies) setelas seberapa ketika menghabiskan masa di toilet yang wangi itu sambil melepaskan hajat yang telah sekian lama dipendam, aku pun meneruskan perjalanan ke food court pula. tapi bukan makan pon. saje jek nak ngorat abang waiter tu...lepas dah survey2 tak ada yang berkenan, kitorang pon meneruskan hajat awal yang hendak tengok movie ni tadi.
line punye la panjang. maklum la...hari rabu...tiket murah. orang pon tanpa melepaskan peluang berpusu-pusulah ke pawagam-pawagam yang berhampiran anda. haha..mase beratur tu, aq beratur la kat belakang sorang pakcik ni.pakcik ni tengah baca paper dengan khusyuknye sambil berdiri. kitorang pon apalagi, tidak melepaskan peluang! terus jek senyap-senyap potong pakcik tu! hahaha...pak cik da kat belakang. lepas tu lama jugak la kitorang berdiri kat situ. sambil borak-borak, kitorang pon rasa pelik sebab line ni tak gerak-gerak dari tadi. geramnye aku!!dah lah penat berdiri ni. orang depan ni tak nak jalan pulak! hish! rupa-rupanya, kitorang salah line. patutla line yang kitorang dok bersemangat tunggu ni tak gerak sebab ini bukanlah line untuk beli tiket. ia hanyalah sekumpulan remaja yang sedang berkumpul menunggu rakan meraka membeli tiket di line yang sebenar...
tapi kami masih tidak berputus asa! kami kembali semula ke barisan asal tapi kami berada nun jauh di belakang. pak cik paper tadi dah siap beli tiket pon. dengan pasrahnye kami beratur dan bersabar. yes! akhirnya kami berjaya sampai juga di kaunter. nak tengok cerita alice in wonderland!tapi kami masih bernasib malang...kakak yang jaga kaunter tu kata, DAH HABIS DIK...kami tak puas hati dengan statement kakak tu. kitorang suruh dia check balik. BETUL DIK..DAH HABIS. TINGGAL DUA JEK KOSONG.ADA PON PUKUL 4 NANTI. hampanya hati kerana kami adalah berlima. kalaulah boleh muat dua kerusi tu dengan muatan kami yang gebu-gebu ni...pukul 4 lama sangat pula nak tunggu. tak jadik tengok cite tu pon tak pe lah. nak tengok cite lain. janji tengok movie. tapi, cite lain sume pon dah habis! tinggal cite tamil jek! huahuahua!!!
akhirnya kami hanya bersiar-siar sahaja di compelx tu memenuhi waktu dengan mengambil gambar di butik-butik sepeti esprit, mng dan ck.(sebab cermin dye besar dan lighting terbaik) pekrja-pekerja di situ pon memandang kami dengan pandangan yang macam nak halau jek budak-budak ni.then, nak beli kasut. ada kasut cantik tapi tak ada saiz pula..huahuahau!!! apalah nasib...atlast, beli eyeshadow dengan sleevless jek...hahaha...
moral of the story: jangan potong line pakcik yang sedang membaca paper! kalau tak, jadilah macam kitorang ni...and! jangan suka membuang masa nak checkdout abang-abang waiter yang cute.teruskan kepada tujuan sebenar anda!
makcik-makcik buta tertinggal tongkat (sory la x rotate ye...)
discount 30%...lailailai...pilih-pilih...mana mao...
komain gedik lagi yang tengah-tengh tu...
budak-budak bosan yang menunggu waktu
gambar paling poyo kot...