NAK BELAJAR KAT OVERSEAS
harini, 11 mac 2010, result spm 2009 kuar. result sekolah aku gempak gile. ramai yang dapat staraight A. tahniah..tahniah..100% lulus and blablablab...aku pun tak paham sangat ape pengetua cakap pasal gred la, GPA la..ape ntah. then, diorang nanti mesti dapat duit banyak kan? PMR dapat RM200, kalau SPM ntah-ntah RM 1000. wow!! mahsyuk terus budak-budak ni! duit jek aku pikir kn...memang kagum gile la ngan diorang. tibe-tibe rasa macam bodoh sangat. terus jadik bersemangat nak belajar! ceh..ceh...ngadap laptop gak...tapi betulla. dari last year, dapat jek result PMR, aku terus berazam aku nak 10 A dalam SPM. buat masa sekarang ni tak ada benda lain yang aku nak selain daripada 10 A dalam SPM! sebab aku teringin sangat nak belajar kat luar negara. tak kesah la kat mana yang penting bukan kat Malaysia la. Indonesia pon ok...tapi takut sket la. kat sana selalu earthquake...eeee...tapi kalau setakat kat Singapore 2 tak payah la...lupekan...tapi mama kata "kalau dapat study kat Singapore lagi senang. tak payah susah-susah nak carik hostel ke rumah sewa ke ape. dok jek kat rumah Uncle Rahman tu..." hahaa.. tak pe la mama...daripada study sane dok kat rumah orang baik dok negara sendiri dok kat rumah sendiri! anyway, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang aku nak. aku dah buktikan kat PMR dulu. sekarang SPM pulak. SPM 2011. masih ada masa. aku tak kan berputus asa!!