MINGGU EXAM YANG MENGCRAMPKAN OTAK

huhhhhh....(mengeluh panjaaaaaaangggg)

jap. tadi macam sangat banyak benda nak cakap. cakap pasal exam jek terus lupe semua. hah! minggu ni sangat penat sebab exam! penat badan, penat tangan, penat kaki, penat mulut, penat otak! penat badan sebab tak tidur malam study. penat tangan sebab ashik tulis jek buat exercise mate plus add mate yang konon senang tu. penat kaki sebab bila dah tension study akan berdiri lalu membuka vedio nobody by wonder girls dan akan menari terkinja-kinja sorang-sorang bagai kurang kasih sayang. penat mulut sebab cakap sorang-sorang mase study dan akan menjerit bila tak dapat solve soalan add mate. penat otak memang tak yah cakap lah. kalau otak ni boleh cakap agaknye apa yang dia nak? maybe dia nakkan percutian yang aman dan mendamaikan di carrebean island kot.

tapi sebab yang menjadikan kaki penat tu memang berjaya membuatkan otak lega dann release tension. tak caya?? cubalah sendiri! bukak lagu best-best. kalau korang minah atau mat-mat dangdut, bukaklah lagu kegemaran korang. geleklah sorang-sorang sampai senget. kalau korang suka punk, grunge, atau lagu jeri-jerit yang aku pun tak tahu apa butir-butir kata dia, lomapat lah korang sorang-sorang. tapi pastikan parents korang atau sesiapa sahaja yang berada di rumah anda belum tidur sebab muzik korang yang sangat seni tu mungkin akan mengganggu diorang. bagi mat-mat jiwang, mungkin cara ini tak berapa nak berkesan untuk korang. maybe korang patut tukar konsep kejap. dengarlah lagu-lagu yang enjoy kejap instead of lagu yang lemah gemalai tu.

then, macam aku, aku suka study last-last kopek punye. esok exam, malam ni aku akan bertungkus lumus meghafal fakta. itulah rahsia kejayaan aku. *jangan meniru aksi ini dirumah. aksi ini telah dilakukan oleh profesional* walaupun esok ada empat paper. empat-empat subjek aku akan habiskan malam tu jugak. bagi yang sekepala dengan aku, sini ada sikit tips:

  •  sediakan air yang secukupnya (macam aku, nanti tekak kering sebab terjerit-jerit. lagi 1, aku kena baca   kuat-kuat supaya dengar then terus ingat. kalau baca dalam hati tak dengar sebab ahti kau tak ada telinga)

  •  kudap-kudapan tu penting. untuk hilangkan ngantuk, makanlah benda-benda yang manis-manis. kek ke, biskut ke, (kecuali biskut lemak tak kira hup seng atau cap pingpong malah munchys sekalipun) gula-gula pon ok.

  •  as i said before, lagu. just dance to the beat! ikut rentak korang lah!

  • emmm...lagi ape ek...hmmm...tu jek lah kot. kalau korang ada rahsia-rahsia terpendam, kongsilah bersama.jangan lokek!