YES, I MISS HIM

aku kata aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku. yes i do. mereka hanya akan menyakitkan kita. berdasarkan apa yang aku lihat tetapi aku tidak pernah alaminya. tapi aku mahukan dia. kekadang aku tak nak dia. apa yang aku nak? kau tahu? kalau kau tahu, bagi tahu aku. bila agaknya ada mesra habab? aku nak cakap yang aku rindukan dia dengan bagi coklat tapi tak nak tarok nama. sejak mesin kecil itu dirampas daripadaku, kini kami tidak lagi berhubung. mesin kecil tu yang menghubungkan kami? bagai tak percaya. tapi itulah realiti yang harus diberi pujian kerana jika mesin kecil itu tidak dicipta, tidaklah ramai orang yang sedang bercinta. kenapa aku tidak memintanya semula? kerana aku bukanlah manusia tipikal yang bergantung hidup padanya. aku rasa aku tak memerlukan mesin tersebut kerana aku tiada teman. aku kesunyian. teman perempuan memang ramai tetapi mereka tidak boleh disamakan dengan kaum adam yang sangat protactive. perlukah aku memintanya semula hanya untuk berhubung kembali dengannya? apa alasan yang harus aku berikan?

hari-hari ada senyuman diwajahku. berwajah girang tidak mempunyai masalah? manusia mana yang tidak ada aral dalam hidup mereka. sedangkan orang yang duduk berseorangan di dalam gua juga mempunyai masalah. memanglah...sebab dia duduk dalam gua. aku tidak suka menunjukkan aku mempunyai masalah kepada awam. berwajah muram durga. ditanya sepatah dijawab sepatah. tiada tawa menghiasi bibir. aku tidak suka. bagi aku itu hanyalah helah untuk menarik perhatian atau walaupun dia tidak bermaksud begitu, but still ia hanyalah akan menarik perhatian. aku tidak suakakan perhatian. aku tidak suka menunjuk-nunjuk. aku tidak suka diperhatikan! apa yang aku suka? aku tidak tahu.


seribu kali dia meminta aku membalas cintanya. seribu kali juga aku menolak. kenapa? sebab dia tidak menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapka? walhal dia adalah lelaki terbaik yang pernah aku kenali dengan cukup rapat.  tetapi hati aku berkata, aku mahukan dia. tapi kenapa fikiran ku mengahalang? mereka kata, membuat keputusan menggunakan akal jangan menggunakan perasaa. tetapi apa faedahnya jika mengikut kata otak yang hanya menyakitkan hati? mungkin aku ego. atau takut untuk melepaskannya untuk buat pertama kali. atau mungkin aku takut dengan perhubungan? atau aku belum bersedia? aku tidak tahu. kenapa aku harus menafikan yang aku jatuh cinta? apabila melihat dia dengan yang lain, hati aku begitu sakit. seperti ada tsunami yang melanda. tidak pernah aku mengalami ini dahulu. tetapi kenapa aku manfikannya di mulut? memang best menipu diri sendiri. aku bukan sahaja menfikannya kepada orang sekeliling malah aku turut menafikannya pada diri aku sendiri. lama aku cuba melawan perasaan ini. tapi ia sungguh teguh. apa yang harus aku lakukan? aku tidak tahu. persoalannya adalah, APA YANG AKU MAHU?

oh my gucci! aku tak sangka yang aku akan post entry yang macam ni padahal aku cukup benci dengan madah cinta. pada aku, ia hanyalah sesuatu yang membosankan. mungkin aku juga membanci cinta. tapi kenapa sedangkan aku tidak pernah mengalaminya? ya! aku tidak pernah bercinta. bagi aku, cinta itu hanyalah sampah yang dipijak-pijak. dibuang sesuka hati. itu hanyalah akal aku yang berkata. tetapi hati aku berkata "cinta itu ibarat gagal dalam kehidupan, aku sangat takut dengannya!"