setiap minggu di tempat aku akan ada pasar lambak. seminggu dua kali, isnin dan jumaat. orang ramai berpusu-pusu ke sana. aku pon tidak pasti apa yang dicari mereka. segala apa yang ada di pasar itu juga terdapat di pasar biasa atau supermarket malah kedai runcit juga. nak dikatakan harga di pasar lambak lebih murah, tidak juga. kadang-kadang lebih mahal pon ada. tetapi manusia masih juga mengerumuni jalan kecil yang dikelilingi payung besar dan meja itu. aku juga tidak ketinggalan.
apa yang menariknya ialah, makhluk-makhluk ini ke sana bukanlah untuk membeli barang dapur atau keperluan harian, tetapi adalah untuk berjalan-jalan semata. telah menjadi lumrah hidup mereka apabila tiba hari pasar lambak, mereka sekeluarga atau segerombolan bersama sahabat handai akan kesana. apa yang meraka lakukan? selalunya tengok orang. kita tengok orang, orang tengok kita. silap tengok penumbuk sampai.
tetapi menarik juga. pelbagai ragam makhluk yang bernama manusia dapat dilihat. dari seluruh pelusuk daerah. ada yang datangnya hanya bercompang camping mengenakan seluat pendek dan tshirt yang berleher kembang lagi kerinting. ada juga yang datangnya sungguh meriah dengan baju berbunga-bunga dan bersepatu trend terkini. tidak kurang pula dengan para makcik yang berbaju atau tudung bergemerlapan sekali dipenuhi dengan labuci-labuci halus. berkasut tumit tinggi dan berbaju fesyen terkini. wah! sungguh bersemangat ke pasar lambak. seperti menghadiri oudition akedemi fantasia lagaknya.
inilah yang dikatakan bergaya tidak perlu mengira tempat. wlalupun ke pasar lambak, mereka tetap berjalan dengan penuh bangga dan gahnya. mungkin mereka merasakan mereka adalah insan tercantik di pasar lambak tersebut. walaubagaimanapun, aku berasa kagum dengan manusia-manusia yang sebegini. berkeyakinan dan optimis sekali. syabas diucapkan kepada mereka. semoga mereka berterusan begini dan akan menjadi ikutan pada masa-masa akan datang.