semalam, dengan bersemangatnya aku bangun pagi seawal jam 8 pagi. tidak pernah aku bangun seawal itu pada waktu cuti sekolah. semuanya adalah kerana aku akan meneman kakak bershopping sakan.
tepat jam 12 tengahari, kami bertolak dari rumah. kami bercadang untuk pergi ke jusco tebrau city sahaja kerana itulah yang paling dekat. setibanya kami disana, suasana begitu sesak. hendak mencari parking pun bagai mencari kutu di bulu kucing. akhirnya, bertemu juga kami dengan spot yang terbaik, petak parking yang berhampiran dengan lif. si bodoh mana yang tidak mahu parking di pakir yang terbaik ini...
semua itu aku hiraukan. sampai sahaja tempat pertama yang kami tuju ialah butik mng. itu sememangnya butik kegemaran kami. di situ keadaan agak lengang kerana mungkin tiada jualan murah. jika kami datang semasa jualan murah, keadaan di situ pastinya sungguh meriah dengan kehadiran pengunjung apatah lagi di butik padini yang tidak asing lagi gelaran 'pasar lambak eksklusif' oleh pengunjung-pengunjung tempatan. selepas mencapai 2-3 helai pakaian kami terus membayar dan terus beredar dari situ.
kami meneruskan perjalanan sambil melihat suasana sekeliling yang dipenuhi oleh manusia-manusia rakus. tetapi apa yang aku perasan ialah, tempa-tempat sebegini hanyalah dipenuhi oleh agas-agas yang berpeleseran tanpa tujuan. berseluar skinny dengan t'shirt bertulisan warna-warni edisi saya sayang emak saya atau saya budak baik dan berkasut converse dengan megahnya berjalan secara berkumpulan. apa yang menarik ialah mereka semua seolah-olah mengenakan uniform yang sepatern.
tidak kurang pula dengan 'budak yek-yek' yang merasakan diri mereka cukup stylo dengan style masing-masing yang susah ditafsir dengan kata-kata. ada yang memakai tudung tetapi berseluar ketat dan berkasut converse dan berbaju kotak. apa yang pasti, kasut converse adalah aset yang terpenting untuk menonjolkan diri mereka. tidak dapat dibayangkan apabila kasut converse mereka itu hilang digonggong anjing atau dicuri oleh pencuri masjid. pasti mereka akan berasa tidak style lagi.
apa yang pasti, pelbagai jenis fesyen ntah hapa-hapa telah ditonjolkan oleh mereka. fesyen-fesyen ini semuanya adalah 100% made in malaysia dan semestinya local product. fesyen-fesyen sebegini memang tidak terdapat di dalam majalah fesyen antarabangsa dan jika disiarkan pasti akan dikritik hebat oleh fasion police seperti mana di dalam siaran tv E! di saluran 712 astro. jika tidak, ia pasti akan dimuatkan di dalam rancangan '50 biggest crime in fasion' di saluran yang sama.
setelah membeli beberapa helai baju seperti mng, ck dan guess, kami bercadang hendak ke city square pula. di sini, lebih banyak agas yang bertempiaran tanpa pengawasan ibu bapa. tujuan mereka ke sana mungkin hanya hendak menonton wayang dan ke tempat kegemaran mereka iaitu 'inner city' atau lebih dikenali sebagai 'lorong' oleh agas-agas tempatan. tidak lupa juga mereka akan mengambil gambar kenangan di hadapan bangunan 'city square johor bahru'. dengan bersemangatnya gambar kenangn tersebut akan terpampang di myspace.
selepas berasa bosan dengan suasana yang hanya dipenuhi olek budak-budak semata, kami angkat kaki dan meneruskan pula perjalanan ke jusco bukit indah. di sini kedai jam memang bersepah dan murah-murah belaka. di sini sememangnya tempat beriadah yang bercorak kekeluargaan kerana bebas dari sebarang agas. kakak aku, tanpa berlengah terus membeli jam DKNY yang berharga hampir 600 ringgit malaysia! tak ada yang mahal lagi ke kak??