Mari Kita Ke Air Terjun Kota Tinggi!

ahad lepas, saya adan kakak pegki ke air terjun kota tinggi! ya! air terjun kota tinggi! air semulajadi terjun yang tidak asing lagi di malaysia! telah disebut dalam buku teks geografi menengah rendah! stop dengan tanda serulah! saya pergi dengan kakak. eh, bukan dah sebut ke? s aya pergi dengan kawan-kawan kakak. sebab diaorang ada reunion sekolah. so, tanpa segan silu saya pon ikutlah. (ok sebenarnya tak. saya bukan muka tak malu. kakak yang ajak sebenarnya)

 muka sungguh suci dan murni. tanpa walau secalit bedak. macam baru bangun tidur pon ade gak


sebenarnya saya tak kenal pon siapa mereka-kereka ini. kenapa kau suka sangat keluar dengan orang yang kau tak kenal ha??

gaya macam nak ke pulau redang

datang-datang terus mandi kan. kecur tengok air!

ikan duyung

ikan dugung

sebenarnya kat air terjun ni ada ikan. tu yang dua makhluk tu tengah try nak tangkap ikan la tu. bukan ikan dugung ye.. kitaorang juga cuba untuk mendapatkan perkhidmatan fish spa secara percuma tetapi gagal kerana ikan-ikan di sini agak liar dan belum dijinakkan. 'ikan besar' tak jumpa pulak ek...

berposing-posingan sebentar

sebenarnya, esoknya hari isnin. perlu ke nak cakap hari selepas dah cakap hari ni hari ahad? baiklah, esoknya ni sebenarnya saya ada exam. saya sepatutnya study tetapi malangnya saya telah study di air terjun. komain seronok kau berjimba ye! tapi, exam saya pada hari isnin tu, alhamdulillah ok.