anda pernah dingurat? (tak semena-mena) kalau tak pernah maknanya anda pentipu. kalau jalan-jalan dekat taman, kenapa mesti dekat taman? macam tahun 70-an jek..ok. tukarlah. jalan-jalan dekat KLCC ke, kedai mamak ke, mesti adekan orang tiba-tiba cakap 'hai...' atau 'hai, sorang jek?..' walaupun anda berjalan di dalam kumpulan seramai tujuh orang dia mesti nak cakap sorang. dah macam rabbani jek. reaksi saya,
kalau orang tu hemsem
kalau orang tu tak hemsem
ok. takdelah. sebenarnya, semua orang saya tak layan. (sebab orang yang ngorat saya semuanya tak hemsem T__T) tapi peristiwa yang paling tak boleh lupa masa kena ngurat bila orang tu nak ngurat saya dengan kakak. tak tahulah nak yang mana satu sebenarnya. lepastu masatu kiatorang kat askulator naik. dia kat askulator turun. kan sebelah-sebelah kan. lepastu tiba-tiba jek dia cakap ''hai, nama saya rain.'' apalagi, beterabur ketawa. hahaha! sengal gila mamat tu!
peristiwa paling manis pulak bila dingurat oleh seorang pramugara yang tidak asing lagi hemsemnya ye! haha! masa tu pulak tengah lepak-lepak la dekat sturbucks. (ceh...padahal kat kedai mamak...) lepastu mereka-mereka ini bawak la teman-teman yang seangkatan dengannya. dan seperti biasa juga saya tidak mengenali siapakah gerangan mereka-mereka ini. yang saya kenal adalah dua-tiga ketul. lepastu sedang asyik berborak-borakan, berbual-bualan, berketawa-tawaan, berchitchat-chitchattan dan bertonyeh-tonyehan. dan dia pula meminta nombor telefon saya. muka aku cool jek kan masa tu. tapi dalam hati....tapi otak pon ligat gak masa tu. tengah pikir nak kasi nombor ape ni? adalah pula saya hendphone. (kalau yang bukan orang johor tu, maknanya tak ada ye) lepastu nasib baik kakak cover kan. dia kasik nombor dia. nasib baik kakak ada dua phone! tak kan nak cakap aku tak ada phone kan. macam lah dia percaya. kalau tahun 2000 percayalah jugak. tapi malangnya, saya tak pernah layan dia. saya tahu dia lelaki yang hanya mahu berseronok. bukan betul-betul pun. setakat di sturbucks tu sahajalah perbualan kami. tettttt!!!! apakah tettttt??
tapi kira power jugak la aku kan? haha! then lagi satu kira yang powerlah jugak. dingurat oleh budak kampung mana ntah. tapi dia study kat ireland. kira ok lah kan. tapi saya tak suka dia sebab. tak ada sebab. mungkin ada. ape aku cakap! dia dah ade gf sebenarnya tapi still nak menggatal dengan orang lain. lelaki macam tu memang perlu dijauhi! mula-mula dia nak ngurat kakak saya. pastu saya pun terjebak sama. malang sungguh. tapi dia ada belikan saya barang. dan saya still simpan sampai sekarang. baguslah kan. orang dah kasik tu, kebas ajelah...
yang lain-lain tu dingurat oleh mereka-mereka yang sedang melepak di bus stand, mereka yang sedang melapak juga di shopping complex dan sebagainyalah. itu perkara biasalah. semua orang pun pernah alami. lumrah alam. tapi yang penting, bila dingurat oleh mereka-mereka yang cool ni, saya tak pernah syok sendiri. its a bog no-no! jangan sesekali! sebab, meh sini aku nak kabo, diaorang yang cool-cool tu semua, ataupun hot, bukan betul-betul nak kat ko pon. main-main jek. yang pertama, kena cool jek bila diaorang ngorat. jangan terkinja-kinja, kang dia tak jadik pulak nak ngurat. yang kedua, jangan perasan terlebih. yang ketiga, jangan menaruh harapan. yang keempat, biar dia yang mulakan dulu. kalau dia yang mula text korang atau call korang, bolehlah bangga sikit. dan yang terakhir iaitu yang kelima, jangan sedih kalau dia tak text korang. muahahaha!!! kena persiapkan diri.
saya dah biasa dah dengan mereka-mereka yang seperti ini. mereka boleh dapatkan perempuan yang lebih hot dan cantik dari kita. kenapa mereka nak terhegeh-hgeh kat kita pulak? ha. yang tu kena fikir sebelum syok sendiri. faham kan meseg yang ingin saya sampaikan? terutama kepada budak-budak sekolah tu. sedarlah siapa kita. tak payah menaruh harapan dengan mereka. nak menaruh harapan dengan budak kelas kau boleh.
begitu juga dengan lelaki kaya. bagi mereka, mereka kaya dan boleh dapatkan mana-mana perempuan yang dia suka kerana guys just wanna have sex and girls just wanna have cash. so, kalau dah dapat lelaki kaya tu, jangan sesekali cintakan dia 100%! sentiasa bersedia dengan kemungkinan korang akan terserempak dengan dia bersama perempuan lain. hahahah! masa tu, jangan nangis. nangis sebab duit dia pergi dekat pompuan lain tak apa. hehe~ kalau dapat lelaki kaya tu, yek-yek jek dengan dia. ini bukan filem kasih-sayang atau drama air mata diamana lekaki kaya dalam cerita tu semua baik. cinta sejati tu susah dicari. bukan semua lelaki jahat tapi lelaki yang baik ada untuk kita. so, jangan risau! my mr. right is out there. hanya tunggu masa jek nak po-up!