ok tak? tapi gemok sikit. ni mungkin 30 tahun lagi kot
kenapa nak jadi pilot? kenapa tak jadi pramugari ke, peragawati ke? ceh! dah! jangan nak berangan-angan! si bodoh mana nak amek kau jadi model? haha~ kenapa nak jadi pilot sebab minat! ya, bila minat, kita tak boleh buat apa lagi dah. tapi pilot biasanya dimonopoli oleh kaum lelaki sebab pilot ni berasal dari tentera jugak. mulanya tentera udara bawak kapal perang pastu bom hiroshima dengan nagasaki pastu melalut.
tapi tak apa! yang penting nak jadi pilot jugak! kalau kena buli dengan pilot lelaki nanti kita panggil boyfriend kita! kalau kena ngurat dengan pilot lelaki nanti kita break up dengan boyfriend kita! siapa boyfriend kau?
gaji pilot sangat besar. starting jek dah boleh beli myvi. wooo... O.O dulu pernah bercita-cita nak jadi doktor la, polis la. haha! polis! :DD biasalah..budak tadika kan. dalam kepala yang ada cuma doktor, polis, cikgu, suri rumah. mana tahu anasthetic doctor, pakar forensik, lecturer semua tu. tapi kena lecturer selalau plak. yang paling tak boleh blah dulu pernah pula bercita-cita nak jadi fashion designer! haha~ nak ada butik sendirilah. buatkan baju untuk amber chia, bla bla bla!
tapi, sebelum jadi pilot, kita haruslah menumpukan dulu pada pelajaran. ayat klise~ saya nak belajat dekat luar negara. kalau boleh nak dekat dublin ataupun italy tak pun paris. ah! mana-mana pon boleh lah! lepas grad nanti nak kerja yang gaji 5-6 digit. 4 digit dah tak main dah. dah kaya barulah boleh ambil lesen kapal terbang. nak beli kapal terbang sekali pun boleh! boleh parking sebelah kereta merce jiran sebelah. kalau boleh nak la jugak jadi pilot sepenuh masa. kerja dengan mas ke kan, air asia ke. tapi, siapa nak bayar yuran kursus jadi pilot RM 200 000??
kalau nak boleh jugak. tapi kena masuk tentera udara. dah pencen nanti baru boleh apply nak bawak kapal terbang penumpang. sebelum tu bawak kapal perang dulu. no way! saya cintakan keamanan. no perang-perang. peace! tapi tak apalah. kalau ada rezeki turun dari langit selepuk, boleh lah pergi interview pilot dekat air asia bila dah cukup umur 18 nanti. kalau tak ada, dapat lesen kapal terbang pon jadikla. boleh hantar anak-anak pergi sekolah nanti. dengan hantar hubby pergi office sekali. tak de traffic jam. mesti anak-anak akan jadi pelajar contoh nanti sebab paling awal pergi sekolah. kalau pergi vacation, boleh naik flight sendiri. tak payah sempit-sempit dekat pesawat kelas ekonomi atau third class.
doakan saya jadi pilot dan dapat beli kapal terbang!
simpankan ni untuk saya! saya dah cop dulu! 20 tahun lagi saya datang balik ambil!