Confession Of A Teenage Shopaholic

bila poket kering kontang, barulah terasa yang saya selalu membazir.

pembaziran itu amalan syaitan tapi kenapa masih membazir. mestilah sebab syaitan tak pernah berhenti untuk suruh umat ikut macam perangai dia. tapi, apakah yang dibazirkan oleh syaitan? adah mereka membeli dua pasang lagi kasut padahal kat rumah dah ada tiga pasang yang masih elok? dan nafsu semulajadi manusia sendiri juga mendorong mereka untuk membeli apatah lagi seorang perempuan yang mempunyai sembilan nafsu berbanding dengan lelaki yang hanya mempunyai satu nafsu.

pengakuan hebat oleh saya. siapa yang ada masalah seperti saya, sila baca ini sampai habis sebab mungkina akan berguna suatu hari nanti.

saya sangat suka membeli padahal benda yang saya nak beli tu dah ada 2-3 bijik. terutamanya baju. ya. baju. perempuan memang suka pada baju dan kasut. tapi saya tak minat sangatlah kasut ni sebab dia dok kat bawah. orang tak nampak sangat. lagi satu, saya bukanlah jenis orang yang berkasut. bukan kaki ayam la!  aku pakai alas kaki sey... maksud saya, saya lebih selesa berselipar. kan santai tu...cool jek.

saya sangat fanatik dengan baju. lagi-lagi baju-baju yang tengah inn kan. sekarang ni fesyen yang tengah inn ialah zipperd dress atau skirt, dan baju lace. itu yang saya tahulah. benda-benda ni semua menggoda saya untuk membeli mereka. memanggil-manggil sayup sahaja. tanpa iman yang kuat, saya pun terus membeli. setelah membeli mereka barulah saya perasan yang saya tak akan pakai mereka tu semua. mungkin pakailah tapi entah bila tak tahu la.

dalam wordrobe saya yang buruk tu, setelah dikira-kira dan ditolak tambah darab bahagi, adalah dalam 12 helai baju yang masih tertera tagnya! itupun aku nak beli lagi! dan yang baru pakai sekali ada dalam 7-8 helai gitu. kebanyakan baju yang saya beli akan dirasmikan dulu oleh kakak sebab dia yang selalu keluar. saya bukanlah jenis yang suka lepak, lepak kekadang jek. so, nak pakai bila baju tu semua? kalau keluar lepak pon pakai t-shirt jeans jek. baju-baju yang glam tu semua nak serah pada siapa. kakak la yang beruntung.

sekarang ni lagi bumi dah sanggih. dok depan laptop pon duit boleh abis. orang-orang yang berjual ni semua dia bukan kira. lagi-lagi yang dekat pesbuk tu. heh! kemain lagi add aku! sorang dah add pastu lagi dia boleh bagi tahu kuncu-kuncu dia yang berjual jugak tu. dah ramai-ramai add aku. baju kalau jual baju tak cantik tak apa. haih...cobaan.  patutlah selama ni saya tak perasan kemana hilangnya duit saya. rupa-rupanya hujan di tengah hari. eh? biasalah budak sekolah kan. duit mak bagi. so, pandai-pandailah simpan. kekadang adalah side income. pernah sekali tu, duit yang selama ni saya jinakkan, hanya tinggal tiga ringgit! masa tu barulah rasa menyesal. rasa macam nak jual semua baju-baju tu. buat garage sale. tak pun hantar kat kitar semula.

so sekarang ni, saya akan train diri saya untuk lebih menghargai duit dan menjadi seorang yang lebih berdisiplin dengan:

1. delete semua oarang-orang yang berjual kat pesbuk tu!
2. jangan bukak blog orang yang berjual!
3. jangan bawak duit banyak-banyak masa jalan-jalan. sebab bila tak ada duit kita tak akan beli apa-apa selain makanana dan tiket wayang.

ini azam saya! ingatlah bahawa duit hanyalah sehelai kertas kumal tetapi sangat tinggi nilainya dan penat untuk dicari. tapi, kalau orang belanja tu, amek jek la. jimat! hehe~


A BIG RED NO FOR THIS!