saya pergi sekolah pakai tudung. tudung yang saya pakai warna putih. bukan prefect~ kalau balik sekolah jek, perkara yang paling saya tak suka ialah bila buka tudung. rasa macam nak pakai jek tudung tu tak nak bukak-bukak. sebabnya ialah rambut saya. bila pakai tudung terlalu lama, rambut saya akan leper dan seolah-olah melekat di kulit kepala. memang hodoh! dulu, masa ada fringe kat depan ni, lagi hodoh darab 12. fringe tu akan terbelah dua kesebelah kiri dan kanan dan akan membentuk belahan di tengah-tengah. leper. ok, jangan bayangkan.
semua orang puji rambut saya cantik tapi mereka tak tahu keperitan yang saya tanggung. bukan time balik sekolah jek. sebab tu lah lepas sekolah saya memang elak sangat kalau member ajak keluar. baik aku tido! nak tengok rambut saya yang ori??
ini adalah rambut saya yang ori. segar dari ladang. baru bangun tido punye.
dan apabila disikat. nampak perubahannya? selain daripada aku sikat tarok sebelah jek dan aku cuba belah tepi tak tepi sangat la. lame sungguh belah tepi tu...
diorang kata 'untungnya kau ada ranbut lurus, lembut...aku kalau ada rambut gini, aku jaga elok-elok!' itu dia yang kata. aku kata ' rambut aku buka lurus, tapi tegak! apa pon tak boleh buat!' betol. apa pon tak boleh buat kat rambut aku ni. dulu pernah lah kan, beli curling iron, konon nak buat rambut kerinting la. volume-volme. kan vouge gitu! lepas tu, hampeh! buat, adelah tahan dalam 10 minit. lepastu, dia kembali kepada asal. guna jari pon boleh! dah tu, cubalah pula pakai hair spray dengan mousse. untuk dia tahan lama lah kan. apa yang jadi, sampai keras rambut aku lumur bendatang tu, hampeh! makin hodoh lagi ada.
lepastu, masih tak puas hati. nak buat eksperimentasi pula. hehe. cuba kita paki flat iron. tengok apa yang terjadi! jeng jeng jeng! kejung. 10 minit kemudia, kembali ke bentuk asal. ada orang kata sebab tak pakai ubat-ubatan dia. mungkin lah kot. then test kat rambut orang lain pulak. eh, tahan pulak kat rambut orang tu. tahan 3 jam! kurang hajar punya flat iron! rambut aku kau tak nak ae. rambut orang lain kau nak! heh! menci! dan sekarang, apabila saya rasa macam nak nampak vouge gitu, cara paling lame sekali lah, iaitu
buat siput.
selalunya, lima jam sebelum keluar. dan hasilnya,
volumize! tapi ni pon tak tahan lama sangatlah. tak setimpal langsung dengan masa yang aku peruntukan untuk buat dia!
apa-apa pun, saya bersyukur sebab ada rambut macam ni. sangat senang nak jaga! tak perlu syampu setiap hari, tak perlu pakai syampu mahal-mahal berjenama antarabangsa, syampu bawang pon takpe, tak perlu pakai conditioner, tak perlu juga perapi yang boleh bawak dalam beg, tak perlukan serum, tak perlu jua apa-apa!ya, tak perlu semuanya. ok. dah. cukup. its just good on its own. saya dapat rambut ni dari mak saya ^__^ and i think my best feature is my hair!
dan sepan jang cuti ini saya akan memenuhi ruangan blog yang gedik ni dengan kisah-kisah cuti! terima kasih. disini ada sedikit bingkisan istimewa,
SELAMAT BERCOTI!