kenapa suka tulis tajuk yang bermula dari perkataan mari? rasa macam dah banyak dah kot. mari itu, mari ini, last-last mari kita, mari kita, ewahh!! (dikir barat)
kalau sesiapa yang tak tahu tu, hari ini 1 jun bersamaan beberapa hijrah adalh HARI SUSU SEDUNIA! yeay! ^__^ (kenapa macam exited sangat?) saya akan memulakan hari saya dengan semug susu. bukan secawan atau segelas ae. semug. (memang, aku tamak) kalau tak ada susu pagi-pagi tu macam tengggggggg!!!!!!!!! (kebengongan) tak tahu nak buat apa. so, susu adalah perkara wajib di rumah saya. sama seperti sabun basuh pinggan, kalau susu dah habis je, mama mesti cakap, "hmmm...susu dah habis. dia bukan boleh tak menetek satu hari.." adakah??
ok. cakap pasal kebaikan susus, salah satu kebaikan susu la, yang paling best sekali bila kita beli dua pack susu dutch lady yang seperti ini
tak kiralah perisa apa, cekelet ke, stoberi ke, fresh milk ke, lowfat ke tapi kegemaran saya ialah full cream! lemak berkrim disukai ramai! rasa cream dia kekadang tertinggal sampai ketekak. hmmmm! ok sambung. anda akan menerina sebuah
bukan kereta nissan grand livina tetapi sebijik mug yang agak menarik ini! terdapat dalam empat design menarik
yang pertama, design transform food to energy! yang ada gambar budak main skateboard macam teror jek ni kan. tranform food to energy maknanya daripada benda yang kau makan tu jadik lemak lebih baik la jadik tenaga. bagus untuk breakfast. bukan breakfast bendatang ni la. breakfast roti pastu minum susu. pastu roti tu akan ditransform menjadi tenaga.
yang kedua ialah stay slimmer! siapa kata munim susu nanti gemok?! aku tenyeh kang! yang stay slimmer ni lah yang paling banyak kat rumah saya. asal beli susu jek mesti dapat yang ni. orang tu ingat aku gemok gaknye. dia suruh kurus. ok. kesimpulannya, minum susu boleh kurus.
yang ketiga ialah for a good night sleep! semug susu sebelum tidur akan menjamin tidur yang lebih bermakna. tapi jangan minum lebih-lebih. kemungkinan korang tak akan bangun esok pagi. kalau cikgu tanya kenapa lambat datang?! cakap, bangun lambat cikgu. kenapa bangun lambat?! malam tadi minum susu cikgu. nescaya korang akan selamat sebab tak kan minum susu pun cikgu nak marah... ok. kesimpulannya, jangn minum susu lebih-lebih sebelum tidur. sampai habis setong tak apa. eh! tak boleh!
yang keempat ialah, nourish skin from within! tak ada gambar sebab belum dapat lagi. orang kedai tu asyik kasi yang stay slimmer jek. yang ni tak dapat. tapi tak apa. mungkin sebab dia nampak kulit saya dah catik so dia tak kasi yang tu, haha! susu juga berupaya mencantikkan kulit dari dalam. orang pun buat susu untuk mandi juga. so lepas ni, mintak mak beli lembu. hari-hari perah susu dia buat mandi. senang. bil air pun tak payah bayar.
akhir kata, (gitu ke?) susu banyak kebaikannya, ini hanyalah suku peratus sahaja. ini baru susu lembu belum susu ibu lagi. baiklah, saya pun sedah mengantuk dan selamat malam! nak menetek dulu...