Kawan....Kau Pergi Jua

sambungan entry oleh ikha rosli. saya ada seorang kawan. saya kawan dengan dia sejak sekolah rendah. dulu dia tak lah berapa pandai sangat. bodoh-bodoh ayam macam saya jugak. tapi sejak dia masuk sekolah menengah, dia makin pandai pulak. saya rasa dia ada tersalah makan pape. masa pmr, dia dapat 8A tapi dia tak pergi mohon mana-mana sebab parents dia tak kasi. parents dia kata nanti mama dengan abah rindu. so, dia pasrah jek la padahal dia nak jugak masuk asrama penuh kan. sebab dia nak belajar dekat luar negara. kalau sekolah dekat asrama penuh kan, peluang nak pergi UK atau AS kan lebih cerah kan.

so dengan selambanya dia pon meneruskanlah pelajaran di sekolah yang sama seperti biasa tanpa berfikir sedikit pon soal nak masuk asrama. sebab tak mohon kan. kalau mohon tu adalah terfikir-fikir jugak sampailah hari rabu hari itu iaitu 7 julai 2010!

setibanya di rumah, seperti kebiasaanya dia memang suka check letter box dulu sebelum bukak gate. pastu dia ternampak surat. dia pun ambilla surat tu dengan selambanya. kat surat yang besar gedabak tu tertera dengan megahnya ayat 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA'. so, dia pon ingtkan tu surat untuk kakak dia sebab kakak dia selalu dapat surat gitu. sekali imbas dia ternampak nama yang ada huruf Q so dia pon fikir ini surat untuk abang sebab nama abang dia ada huruf Q! conferm! dia pun baca nama tu. macam nak gugur jantung dia pastu kutip balik jantung tu pastu nak guling-guling atas simen sebab nama yang tertera kat surat tu nama dia! apalagi dia nampak logo kementerian pendidikan malaysia dengan kata-kata indah berbunyi seperti

'bahagian pengurusan 
sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster
kementerian pelajaran malaysia'

tanpa berlengah lagi dia terus menjerit dan melompat! nasib baik jiran-jiran semua buat derk jek. diorang ingat dia kena gigit lipas. hanya seekor anjing yang menyaksikan adegan tersebut. lepas bukak envelope tu, dia terus call mama dia dan mama and abah dia segera pulang. tapi dia tahu adah dia sedih. tapi abah dia kasi pergi sebab rezeki Allah. kita tak minta, Allah nak bagi. terima jelah. 

dan secara officialnya, tadi adalah hari terakhir dia di sekolah. tapi sangat malang bagi dia, sebab tak ada kamera yang dapat merakamkan saat-saat akhir dia di sini bersama kuncu-kuncu sekelas. :'( dia buat pengumuman tentang perpindahan dia masa hari khamis. tapi hanya bagi tahu orang-orang yang paling dekat jek la. dia tak cakap dekat perhimpunan pagi atau ketuk gelas di kantin untuk buat pengumuman. masa tu hiba sangat. ayat dia cam ni, saya ingat lagi tau.

'esok last day aku kat sekolah...'

yang member kat sebelah ni, belum cakap pape lagi dah berjurai-jurai dah. manalah tahu kot-kot dia ni tipu kan. membazir air mata jek. tapi semuanya berlaku dengan begitu pantas. kenapa begitu awal? walaupun ni panggilan keasrama yang paling lewat, tapi...tapi...tapi...tapi! kenapa tak bagi masa sebulan ke...baik tahun depan jek. tapi ini semua demi masa depan dia. bukankah disana peluangnya lebih cerah? walaupun dia rasa dia kecik lagi untuk basuh baju sendiri, tapi kat sana dia sediakan khidmat dobi. kot. walaupun dia rasa dia kecil lagi untuk tidur tidak bersama teaddy bear gedabak tu, tapi kat sana boleh bawak bantal busuk. tapi dia tak ada bantal busuk. 

yang penting, dia mesti tak kan lupa moment-moment dia di sini. ponteng perhimpunan pastu sorok bawah meja (bontot macam ostritch), kena rotan dengan pengetua sebab ponteng baca yassin, pnteng kelas pastu mintak maaf semula dengan cikgu tu pastu nangis, kena baling dengan duster pastu cikgu sepak meja sebab budak-budak tak dengar kata, makan time belajar, biskut OK, "romaldo", "misan", "peanut", checkdout budak hensem, gadoh pasal budak lelaki masa form 3, mengadu pasal parents yang tak memahami, kena diri sebab tak hantar buku dan sorok dekat belakang tangki air masa ponteng perhimpunan jugak. kami memang suka ponteng perhimpunan! 

tak lupa juga kenangan masa form 3. the best class! kami bersatu hati 3KAA1! ingat lagi tak sketsa pak belalang? semuanya idea dia kan? pastu menang nombor dua dan pengarahan terbaik. walaupun nombor dua tapi sketsa kelas kami yang penonton paling khusyuk tengok sebab macam teater betul-betul. siap ada background music lagi! lepastu team futsal perempuan tibai kelas 3KRK2 8-1. haha! 

tapi sehingga kini, persoalannya masih belum terjawab. kenapa dia dapat sedangkan dia tak mohon? orang yang bertungkus-lumus isi borang dan fotostate sijil tak dapat pape. ada yang tunggu second intake lagi tapi hampa. apa-apa pun, terima kasihlah kepada makhluk tersebut yang memohonkan untuk dia. mungkin kalau dah rezeki tu tak kemana. mungkin ada hikmah disebaliknya. dan kawan-kawan disni diharap redha dengan ketentuannya. setahun tu tak lama.... dan dia itu adalah feyqa maria. :')