Implikasi Bulan Januari



semua orang tahu sekolah dah bukak balik kan di sebalik cuti yang panjang. panjang ke? eeyucks! siapa yang tak tahu sekolah dah bukak tu, mungkin dia baru lepas habis SPM sengaja jek buat-buat tak tahu. ye lah... dah habis sekolah lah kononnya tu kan. nanti bila orang tanya, dia akan jawab jawapan yang dah lama dia simpan ni, tapi tak terucap lagi contohnya "eh, sekolah dah bukak ae? tak tahu pon..." "kau tak pergi sekolah ke?" "mana ada... aku dah habis sekolah la..." dengan bangganya kan. tak tahu orang yang tanya tu nampak muka dia macam budak sekolah tak matang lagi hingusan... -___-

cerita pasal sekolah ni, biasalah bulan satu. kemalasan masih menebal di dada. nanti bila homework dah menggunung baru lah tersedar dari mimpi-mimpi lena. cewah ayat kau! ye lah.. macam kena wake up call kan. nak SPM lah katakan... SPM? eeeyyuuuuu!!!! SPM tu apa? siapa si gila yang buat SPM ni? menyusahkan aku jek! tak de.. tak de budak baru hensem masuk kelas aku.

hari pertama pergi sekolah naik bas sekolah. ya, tahun ni nai bas sekolah. benda yang paling aku benci dalam dunia. saja nak cuba benda baru. mama cakap lah. tidak boleh di bantah! jadi si anak yang patuh pun hanya menurut selepas berdebat selama beberapa minggu. nak tahu kenapa benci bas sekolah? sebab, mak cik bas yang tamak angkut budak remai-ramai dengan had bas yang hanya boleh menampung 35 orang pelajar tetapi kini telah overload kepada lebih kurang 50 orang pelajar!! tak payah cerita lah keadaan dalam bas tu macam mana kan. dengan budak hingus terbatuk-batuk dekat leher aku, budak nakal korek hidung lepastu huh! baik tak payah cakap. sila gunakan imaginasi anda.



next, peraturan baru. peraturan baru berbunyi begini, dilarang on9 di waktu persekolahan. hanya boleh on9 di hujung minggu sahaja. barang siapa yang melanggar undang-undang 30(a) kanun keseksaaan maka akan dihukum potong elaun belanja sekolah dan lain-lain sesuka hati pihak penganjur. tidak terkecuali kepada pelajar tingkatan satu atau dua. semua sama jek! kalau tak percaya boleh tengok dekat pintu bilik, sudah tertampal dengan megahnya disitu. kesimpulannya, blog dan facebook hanya akan diupdate pada hujung minggu. harap maklum.

akhir kata, esok 9 haribulan januari. ada kejutan buat anda dan saya. berita hot lagi meledak! coming soon....