Hidup Sepatutnya Lebih Indah

exam pun dah berlalu dan aku pon dah dapat resultnye. result aku boleh dikategorikan sebagai agak cemerlang la. aku patut berbangga dan bergembira. lebih tepat lagi i should celebrate it in the fun way. not like this way right now.

aku sayang semua kawan-kawan aku. aku cuba untuk faham kondisi diorang. aku cuba. terserahlah untuk dihargai atau tidak. tapi aku cuma peduli. aku sangat peduli dengan setiap perkara yang berlaku ke atas mereka. baik gembira atau sedih. tapi mugkin aku tak berjaya untuk memahami kerana aku berbeza.

aku sangat berbeza. jika anda melihat saya di mana-mana, mungkin terdetik di hati anda, "oh, dia mesti ada seseorang untuk disayangai dan dicintai. dia juga mesti bahagia dengan kehidupannya kerana mempunyai seseorang yang mencintai dan melindungi dirinya". firasat anda meleset sama sekali. hati aku batu. jiwa aku besi. ego aku lebih tinggi dari burj dubai. dan sekarang aku sangat membenci lelaki. aku mintak maaf. aku tak dapat tepis perasaan ni.

qistina dan ary, hentikanlah apa yang sedang anda lakukan kerana hati saya sudah tertutup sama  sekali. cukuplah aku sendiri yang menderita melihat setiap seorang kawan aku menangis kerana mereka. bukan seorang tetapi semua. kenapa? kenapa mesti sayang orang yang menyakiti kita? tapi aku tak mampu dan tak boleh berbuat apa-apa. mungkin korang bahagia dan itu adalah cara mereka menyayangi. aku bahagia kalau korang bahagia :) tapi aku sangat sakit, sangat SAKIT melihat korang menagis kerana mereka.

aku juga seorang perempuan. aku juga ingin dicintai dan disayangi. tapi aku tak pernah rasa dan dapat semua tu. mungkin sebab tu aku tak faham perasaa orang yang bercinta.

pergilah kepada orang yang sayang korang. jangan peduli apa yang orang lain cakap. pentingkan diri anda sendiri kerana anda yang berkuasa menentukan hidup anda.

siapa yang nak faham aku?