tanpa disangka-sangka, sekejap sahaja kita sudah meniti di zaman millenium. macam, oh! dah ae?? aa.. gitulah. dalam zaman ni juga dunia penuh dengan pancaroba. semua manusia berpusu-pusu dan berebut-rebut untuk menjadi yang terbaik. mera sanggup lalukan apa sahaja untuk menempa nama. kau tak gitu? tipu... siapa yang lambat akan ketinggalan. siapa yang lemah akan ditindas. begitulah kejamnya dunia zaman sekarang ni. zaman sekarang ni juga penuh dengan manusia yang kejam, hipokrit, dan tidak ketinggalan juga bencana alam.
bila bencana alam jek, ramailah orang yang nak menderma. banyaklah juga kempen-kempen ditubuhkan untuk membantu mangsa-mangsa. tersebutlah kisah dua orang datuk. datuk B dan datuk J. datuk B berasa sangat kasihan dengan nasib mangsa-mangsa tersebut. begitu juga dengan datuk J. jadi mereka pun sanggup berkorban sebahagian daripada harta mereka untuk di berikan kepada mangsa-mangsa tadi. hati mereka sangat mulia. tetapi tetap ada sesuatu yang membezakan mereaka.
datuk J telah membuat sidang akhbar, panggil press, cameraman, siap buat majlis lagi untuk menyerahkan replika check. tup-tup, esok masuklah paper muka depan lagi kepala datuk J yang berhati mulia ni. berita pon ade jugak. berlainan pula denagn datuk B, tiada siapa yang tahu dia menderma. tiba-tiba jek duit sampai. aik? siapa bagi?
jadi, manusia yang berfikir dapat menilai. siapa yang melakukannya dengan ikhlas. bukan untuk menempa nama, untuk dipandang mulia, dan bukan juga untuk mencari publisiti. tapi tak cukup dengan itu, minggu depan keluar lagi dalam majalah pulak kisah datuk J mengorbankan hartanya untuk orang lain. konon-konon datuk J kata, "haritu, i dah derma 10 juta untuk meraka. tidak mengapa kalau harta i tinggal sikit. janji mereka bahagia dan dapat menikmati hidup sperti orang lain juga."
kalau dalam wayang gambar tu, memang banyak manusia yang berhati mulia lagi ikhlas seperti datuk B. tetapi itu hanyalag wayang gambar. ini dunia sebenar lagi nyata. memang jarang jumpa orang yang buat baik tak menunjuk-nunjuk seperti datuk B ni. saya sendiri juga kadangkala seperti datuk J. dengan ini membuatkan saya berfiir, kenapa kita berbuat baik? untuk dipandang baik? atau memang sebenar-benarnya dari hati yang ikhlas dan selepas itu kebaikan itu tidak akan diungkit kembali untuk kebahagiaan orang lain?
tepuk dada tanya selera. jangan jadi hipokrit kerana bukan tak elok untuk orang lain malah untuk diri sendiri juga berasa tidak bebas. sampai bila untuk hidup didalam kepompong yang penuh dengan kepura-puraan? bukankah itu menyeksa diri? jadilah diri sendiri kerana orang lebih senang dengan orang yang betul-betul jahat daripada orang-orang yang munafik.