AIZAT, YOU DESERVED IT
Malam tadi Anugerah Juara lagu telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya. Aku pun tidak melepaskan peluang untuk menontonnya walaupun abah bising suruh tidur sebab esok sekola. Tanpa aku sangka, Aizat telah menjuarainya dengan lagu Pergi. Aku yang sangat gembira telah bershafle-shafle di hadapan adik aku walaupun selama ini aku tidak tahu bershafle dan cukup membenci tarian tersebut. Hahaha...
Aizat memang wajar menang berbanding dengan peserta yang lain. Penyampaian yang bersahaja dan cukup memberi kesan pada malam itu memang patut dipuji. Tapi, yang paling aku suka adalah semasa dia menyampaikan lagu Kau Aku. Sangat comel dan happening!! Tambah lagi dengan kehadiran budak-budak sekolah yang havok tu. Semasa diumumkan sebagai pemenang kategori persembahann terbaik, Azat telah melompat dengan comelnya. Alahai...Apa-apa pun, tahniah buat Aizat yang dapat masuk dengan dua buah lagu dan dua-dua menang pula tu! p\s* Liyana Jasmay jangan nk bangga... Tahun 2009 adalah satu tahun yang mahsyuk buat Aizat kerana:
1. lagu meletup-letup
2. buat album
3. jadi jutawan sebab lagu Hanya Kau Yang Mampu didownload berjuta-juta kali
4. menang AJL
5. dapat kuruskan badan...
Pada mulanya, aku jangkakan Bunkface yang akan pulang membawa trofi AJL kerana bunkface pada malm itu tidak kurang hebatnya. Lagipun, ingat lagi tak masa Estrange menang masa AJL 2008 menerusi lagu Itu Kamu dulu? Itu adalah kali pertama mereka masuk AJL dan itu adalah lagu melayu pertama mereka. Ingatkan Bunkface pun begitu jugalah. Tapi nampaknya nasib tidak menyebelahi mereka. Hmm... cuba lagi next time ya.. Persembahan Bunkface pada malam tu sangat perfect dengan kehadiran budak-budak yang tidak dikenali tu. Konon-konon macam di gig la...Tapi hanya satu saja yang aku tidak setuju iaitu kehaduran dua orang budak kecil yang entah siapa pun aku tak kenal... Ianya agak mencacatkan sedikit persenbahan mereka.
Kategori persembahan terbaik pula, aku berkira-kira samada Bunkface, Hujan, Faizal Tahir atau Aizat yang dapat. Sebab persembahan mereka sajalah yang paling happening malam tu. Black pula telah membawa trofi vokal terbaik. Vokal Black pun memang sedap ada sikit-sikit macam Azlan & The Typewriter atau dulu lebih dikenali sebagai Lan MUH. Kira dia memang layak la... Tapi vokal Akim juga mantap. Aku memang minat dengan budak Akim ni. Selain daripada muka dia yang cute tu, suara dia juga memang sedap! Suara dia sangat unik dan jantan. Tapi malam tu dia tak menang apa-apa pun. Buat penyanyi baru macam dia ni, dah dapat masuk AJL pun dah cukup bagus dah. Tak payah harap nak menang la...
Pemenang tempat kedua dan ketiga pula adalah Yuna dan Faizal Tahir. Faizal Tahir pada malam tu memang best dan bertenaga walaupun tak bera sihat. Faizal Tahir biasalah lagu dia memang semuanya best-best. Buat Yuna pula, lagu yang dicipta dengan berperah otak sendiri akhirnya membuahkan hasil. Tahniah buat Yuna. Ini adalah satu permulaan yang sangat baik bagi pendatang baru seperti Yuna. Yuna mempunyai peluang yang cerah dalam bidang industri hiburan tanah air ini.
Kesimpulannya, AJL kali ini memang didominasi oleh 'budak-budak' semata. Tahniah buat semua pemenang.