Aku masih di sekolah... menanti dua orang rakan ku yang tengah siapkan kerja. kene hantar hari ni, tapi diorang punye assingment tak boleh bukak bila msuk dalam pc sekolah. so, terpaksalah kene buat balik. cikgu memang tak boleh tolak ansur. nasib baiklah sekolah aku ni kaya dengan komputer. sampai kat kantin pon ada komputer! lima tahun lagi aku tak tahulah apa nak jadi, kang sampai dekat toilet pun ada pc. kenapa aku baik sangat nak tunggu diorang? kerana aku balik naik salah seorang dari mereka. kalau aku tak tunggu, aku nak balik naik ape? nak tak nak, terpaksalah aku tunggu. kalau dia balik pukul lima, pukul lima lah aku balik. kalau dia balik pukul enam, pukul enamlah aku balik..


hmmm.... hari-hari persekolahan seperti biasa. cuma hari ini, tiba-tiba aku rasa student baru kat kelas aku tu, macam cute lah pula..haha~

di sini aku ada satu persoalan.

Pernah tak korang rasa iri dengan kawan sendiri??

kenapa ya?

mungkin korang rase....

  1. dia lebih cool dari korang
  2. dia lebih pandai dari korang
  3. dia lebih cantik dari korang
  4. dia lebih kaya dari korang
  5. dia lebih ramai peminat dari korang
  6. dia labih menonjol dari korang
  7. dia ada boyfrieng yang lebih cool dan lebih hensem dari korang
  8. dia ada parents yang lebih sporting dari korang
  9. dia lebih stylish dari korang
  10. dia lebih hot dari korang

maybe, semua orang pernah rasa benda gini. aku pun.. aku akan rasa kawan aku lebih segala-galanya dari aku. dari situ, perasaan competitive tu muncul. bukan tak bagus competitive tu, cuma biarlah dari segi positif. tak perlulah nak pakai taktik kotor. bila aku rasa macam tu, aku akan berusaha bersungguh untuk kalahkan dia. on the bright side, aku dapat menjadi pelajar yang lebih pandai dan memupuk sikap rajin belajar. haha~ so, for u all yang malas nak menghadap buku tu, fikirkanlah kawan korang akan beat korang dalam exam nanti. tak pun enemy korang. aku rasa, cara ni lagi berkesan kot...

walaupun aku selalu rasa orang yang paling dekat dengan akulah orang yang akan menindas aku, but then, they are still my besties. tak perlulah terikut-ikut sampai ke relationship kitorang pulak. untuk mengelakkan tercetusnya problem-problem yang tak diingini. cukup sekadar kita seorang sahaja yang rasa kalau salah seorang bestfriend kita ni boleh menjatuhkan kita. slow-slow kita cuba halang! in the positive way.