hari ni, result mrsm keluar. aku sedih sangat2. bkn sbb aku x dpt pergi(mohon pon x mcm mne nk dpt) tp sbb kawan aku dapat. kawan jenis ape aku ni! i should be happy for her! tapi aku x sanggup kehilang dia lagi dalam hidup aku. aku kawan dengan dia since kitorang tadika lg until now! cuba korang bayangkan. memang susah unruk aku terima kenyataan ni. aku tak nak berpisah lagi dengan dia. cukuplah dulu dua tahun kitorang terpisah sebab dia pindah. lepas tu jumpa balik sampailah sekarang. jodoh kitorang panjang agaknya...
dah hampir setahun kisah ni berlaku. tapi ianya masih segar dalam ingatan aku. pada tahun 2007, aku masuk ke alam persekolahan yang baru. sekolah menengah. aku ada suka dekat seseorang. senior aku. dia tua setahun dari aku. hanya aku dan beberapa orang kawan aku sahaja yang tahu aku sukakan dia.
biarpun dia x kenal aku, tak pernah athu tentang aku dan mungkin x pernah tahu pun kewujudan aku, tapi aku x boleh tangkis perasaan aku kat dia. tiga tahun aku simpan perasaan aku tanpa pengetahuan dia.
tahun 2009, dia diterima ke mrsm. pada saat aku dapat tahu perkara tu, tiada apa2 yang berlaku. perasaan aku hanya seperti biasa. tiada sekelumit perasaan sedih pun di hati aku. semiggu sebelum dia pindah, aku dapat tahu yang dia dah tahu aku suka kan dia. aku tak tahu macam mana dia dapat tahu, tapi aku pasti ni mesti kerja kawan aku yang terlepas cakap. aku mula gementar dan berdebar-debar. bermacam-macam persoalan bermain di benakku. yang lebih menakutkan, dia mahu berjumpa aku!
dalam masa semiggu itu, pelbagai perkara berlaku. ketika dia mahu berjumpa dengan aku, aku sentiasa mengelak. pada waktu rehat, dia akan tunggu aku di sebelah kelas aku. pada waktu balik, dia akan tunggu aku di pondok jaga. aku sentiasa bersembunyi. aku berasa sungguh takut dan sangat merendah diri. aku takut dia akan mentertawakan aku, mengutuk aku dan bermacam-macam lagi.
pada hari keempat, seperti biasa dia akan menuggu aku. aku sentiasa mengelak. pulang kerumah, semasa aku asyik memetik gitar, aku terfikir. apa yang aku buat sebenarnya? kenapa perlu mengelak? saat itu, barula kekuatan itu datang. aku bersemangt untu berjumpa denagnnnya pada hari terakhir iaitu hari jumaat. kali ini aku pula yang menuggu dia. loceng rehat berbunyi menandakan dia akan datang menuggu aku. masa rehat telah tamat tetapi kelibatnya tidak juga muncul. aku mulai bimbang. aku fikir mungkin dia sedang sebuk
menguruskan proses perpindahannya. semangat aku masih utuh. aku tunggu pula semasa balik. tetapi dia tidak menuggu aku. kawan dia beritahu yang dia sudah lama pulang.
pada saat itu aku x dapat nk menggambarkan perasaan aku. menyesal yang teramat sangat. empat hari dia menunggu aku adalah satu tempoh yang lama. kenapa aku sia-siakan macam tu je?! aku tahu, hari khamis itu adalah hari terakhir aku melihat dia...
tiga tahum aku menyimpan perasaan ni, tapi aku hanya perlukan empat hari sahaja um=ntuk mensia-siakannya. aku mengaku, sehingga kini, aku masih suka kan dia walaupun aku x pernah lagi berjumpa dengan dia sejak hari itu. hanya di myspace sahaja aku lihat dia...
sekarang, perkara ini berulang lagi. aku x nak kehilangan seorang lagi manusia penting dalam hidup aku....