she makes me a monster


dah lama rasanye tak blogging. and banyak sangat benda yang berlaku lately ni. tapi malaslah nk cerita...let it be a history. actually ada something yang aku betul-betul tak puas hati about 'that girl'.  , then boyfriend dia always approched me at fb or ms...memang malas la nk layan that boy..tapi kesian pulak.so, layan je la nak tak nak...bile kitorang chat, aku selalu cari alasan nk blah.aku ckp nak makan la,busy la, macam-macam lagi alasan.haha~ tapi, budak ni pulak suke cerita kat aku pasal love life dia. yeah..weird. dia cakap dia ada dua girlfriend. OMG! aku mula rasa kesian kat 'that girl' tu. rasa macam nak bagi tahu, tapi aku tak sampai hati memikirkan perasaan dia nanti. mesti dia akan sangat sedih dan kecewa. so, aku decide biarlah aku senyap jek..lagipun, aku malas nak campur urusan mereka.

and benda ni jadi lebih hot bila 'that girl' dapat tahu yang bf dia selalu chat dengan aku. dyorang mula la gadoh. 'that girl' cerita dekat kawan aku yang dia gadoh dengan bf dia sebab aku. huh! sampainya hati dia cakap macam 2! aku punyelah baik nk jaga hati dia, aku pulak yang kena! tapi, aku buat tak kesah jek..pasal, aku tahu aku tak salah and buat apa aku nak melenting  tak tentu pasal. bf dia yang gatal bukan salah aku. then, benda ni terus stop kat situ jek pasal aku malas nak layan statement bodoh dia tu...
tak lama lepas tu, benda ni start balik. tak dinafikan dan semua orang pun tahu yang 'that girl' ni agak suka menggedik dengan lelaki dan perasan semua lelaki dekat sekolah tu had a crush on her...hmmm...pity you...seorang bestfriend aku yang bernama Q(bukan nama sebenar) ada seorang boyfriend. then, ada ke patut dia pergi menggedik dengan bf si Q ni! then ada lagi satu insiden tak tahu malu yang dia boleh pergi mengaku dekat A(bukan nama sebenar) yang boyfriend si A ni kenyit mata kat dia! hmmm...tak fikir ke perasaan orang? maybe memang betul tapi perlu ke nk cakap dengan girlfriend orang tu? lepas tu, depan mata Q sendiri, 'that girl' boleh pergi date dengan bf Q. maybe bf Q tu pun salah tapi kalau 'that girl' tak mulakan, benda ni takkan jadi. ye la...lelaki mana yang tak cair bila perempuan dah menggedik tk tentu fasal?

start dari situ, aku sangat marah. lepas semua orang tahu pasal perangai dia tu, 'that girl' telah mempost satu blog di msnye. disitu dia mengaku yang "bukan salah dia boyfriend semua orang suka dekat dia". come on la...bila cakap pasal aku dia dengan bf dia gadoh, boleh pula. ada aku melenting tak tentu pasal? bila orang cakap dia macam tu, bukan main cepat lagi nak denied. selepas itu aku terus comment di blog tersebut yang berbunyi,

  " so,
    apsal cakap pasal i, u dengan bf u gado??
    salah i ke dia suke kat i?"

tegak saja aku sound dia. aku bukanlah seorang yang suka cari gadoh atau suka sound2 orang tak tentu pasal. even, aku tak pernah ada musuh pun. aku tak pernah ada problen dengan sesiapa pun. dulu, aku pernah juga ada problem dengan perempuan ni pasal dia suka meniru apa yang aku buat. senang cerita, dia tiru gambar aku di ms...dan adalah beberapa lagi perkara yang dia tiru aku...ramai orang comment gambar dia mengatakan dia tiru gambar aku, dia tiru stail aku...kawan-kawan aku semua cakap dia copycat dan sebagainya. aku rasa bersalah ke atas kawan-kawan aku ni. then aku hantar dia messege mintak maaf. then, semua orang blame aku sebab mintak maaf kat dia. mereka kata kenapa aku kena minta maaf? aku x tak salah apa-apa. dia yang patut minta maaf. aku minta maaf kerana nilai sebagai seorang manusia. tak patu kita buat orang macam tu. mesti dia sedih, frust. so, aku rasa patut aku minta maaf. bohong lah kalau aku kata aku tak marah dia meniru aku. tapi aku ambil tu semua sebagai satu motivasi,aku ambil dari sudut yang positif. mungkin dia jadikan aku sebagai idol...haha...

satu lagi perangai hodoh yang tak boleh blah 'that girl' ni ialah dia suka menagih simpati.dia suka mengadu dekat semua orang tentang kisah hidup dia. haa?perlu ke? dia akan bercerita dan nanti dia akan nampak baik, akan nampak dia tidak bersalah sama sekali, dia yang teraniaya dan kita yang akan nampak jahat dan nampak salah. tapi, benda ni semuanya datang darpada dia juga. kalau dia tidak memulakannya, mungkin ia tidak akan terjadi. yang penting, dia memang pakat dalam bab-bab menagih simpati ni... bukanlah aku nak bercerita tentang keburukan orang lain, tapi di sini hanyalah luahan hati dan menyuarakan pendapat. ni blog aku, aku punya sukalah.


so, aku lupakan perkara tiru-meniru tersebut, dan aku rasa aku tiada lagi sebarang masalah dengan dia. selepas kejadian ini, aku rasa menyesal minta maaf kat dia. baru aku sedar apa yang semua orang kata pasal dia adalah betul. sebelum ini aku anggap dia baik. aku begitu tidak sangka perangai dia begitu. selepas aku hantar comment tu, dia balas,

   "kalau kw nk sngt *h 2, ameklah! aq dah lame sakit hati ngn kau *f!!"

aku sangat terkejut. kenapa dia dah lama sakit hati dengan aku? aku tak ada buat apa-apa pun kat dia. selepas comment tersebut, aku balas lagi. kali ini lagi pedas. dia terus delete aku di ms. haha~ aku pun tak tahu kenapa ku jadi macam ni. orang semua kata aku terlalu baik. orang cakap macam-macam pasal aku pun, aku biarkan, orang tiru-tiru aku pun aku buat tak kesah...ya! memang aku tak kisak sebab benda-benda remeh ni tidak menjejaskan kehidupan aku pun. diorang selalu kata, "jangan baik sangat nanti orang pijak kepala kau" . ha, berani nak pijak kepala aku silakanlah. jangan sangka air yang tenang tiada buaya. aku buat ni semua pun demi kawan aku. selepas dia menangis-nangis mengadu dekat aku, aku sedar. thats it! perempuan ni dah melampau. dah tiba masanya aku kena ajar dia. dont mess up with my friends! with me, its ok. i can take it but bile kena kat kawan-kawan aku, jangan salahkan aku kalau jadi apa-apa dekat kau!

yeah, she does make me a monster!