10 TEBIAT MANUSIA YANG TERHUDUH
10. suka berlari-lari dengan girang di tempat awam.
- tidak menunjukkan sebarang tanda tergesa-gesa atau ketakutan seperti dikejar anjing atau along, bahkan sungguh meriah seperti cerita hindustan.
- reaksi orang sekeliling : akan memandang sinis kepada anda yang suka begini dengan hatinya yang berkata " dia ni dah kenapa?menang nombor ekor ke?"
9. menyanyi kuat-kuat di tempat awam seperti menyanyi di dalam tandas rumah anda.
- keadaan seperti ini kebanyakkannya berlaku apabila seseorang itu berasa bosan ketika menunggu teksi atau bas yang tak muncul-muncul.
- reaksi orang sekeliling: berasa kasihan jika anda membawa alat-alat muzik tertentu dan akan menghulurkan sedikit wang. ada juga yang berasa panas dengan tindakan anda dan seperti ingin memberi anda makan kasut beliau.
8. berdengkur.
- sikap seperti ini biasanya adalah lumrah alam dan tidak dapat dielakkan. tapi, anda bolehlah menggunakan breath right.
- reaksi orang sekeliling: jangan marah apabila esok pagi anda bangun tidur anda tidak lagi berada di bilik tidur anda. tempat-tempat yang selalunya anda berada adalah seperti di halaman rumah jiran atau di atas jalan raya di hadapan rumah anda jika jiran anda tidak dapat menerima kehadiran anda. selalunya ini adalah kerja roomate anda.
7. mengunyah yang berbunyi.
- bunyi yang terhasil bukanlah seperti lagu Yuna, Dan Sebenarnya atau lagu Nobodies daripada Wonder Girls tetapi bunyi sungguh...(tidak dapat ditafsifkan dengan kata-kata). mereka yang seperi ini adalah seseorang yang sangat passionate. sungguh bersemangat sehinggakan makan pun akan makan dengan semangatnya.
- reaksi orang sekeliling: anda bukan sahaja menggagu orang-orang di sekelilinga anda dengan bunyi yang tak berapa nak sedap tu tapi anda juga turut menghilangkan selera makan mereka. mereka akan berasa seperti ingin menjahit mulut anda.
6. bercakap semasa mulut berisi.
- bukanlah berisi dengan gigi atau gusi tetapi berisi dengan stucture-sturcture yang telah hancur dan bergelumang dengan saliva yang menggiurkan.
- reaksi orang sekeliling: apabila bercakap dengan anda dia tidak akan fokus malah berasa seperti ingin membuka payung walaupun cuaca redup. ia juga akan menyebabkan individu yang berinteraksi dengan anda berasa sungguh hampa.
5. sangap,bersin atau batuk tidak cover.
- dengan megahnya anda akan menguap besar-besar melepaskan rasa mengatuk anda. bersin dengan bersemangat sehingga tempias mengenai mereka-mereka yang berada di sekeliling angda. jika mulut anda berbau seperti perfume dkny be delicious, mungkin ramai yang akan berkumpul disaat anda hendak menguap. tetapi, sadarkah anda mulut anda yang semerbak itu hanya mengekuarkan bau asam pedas dan kari semalam.
- reaksi orang sekeliling: mereka juga berasa seperti ingin sekali membuka payung walaupun cuaca redup jek...mengelak daripada tempiasan dari anda. mereka juga berasa seperti ingin sekali mnyedekahkan anda buku lima.
4. sendawa degan kuat.
- tabiat ini bukan shaja buruk malah akan mendatangkan reputasi yang buruk kepada diri anda. muka dang penampilan sungguh perfect, tetapi apabila sendawa, jiran selang tiga buah rumah pun boleh dengar.lebih huduh apabila seorang erempuan yang bersikap seperti ini.
- reaksi orang sekeliling: para ibu akan berkata kepada anaknya."jangan ikiu macam perangai orang sebelah tu. muka aje cantik tapi perangai nauzubillah! kesian betul orang yang masuk meminag dia"
3. ketawa seperti pontianak tercekik
- sikap seperti ini biasanya dilakukan oleh mereka-mereka yang kurang kasih sayang dan ingin mendapatkan perhatian ataupun terlalu bahagia dengan kehidupannya.
- reaksi orang sekeliling: mereka akan berasa kasihan dengan anda yang kurang kasih sayang. mereka juga akan berasa simpati dengan anda yang terlalu bahagia dengan kehidupan yang telah anda kecapi. sesungguhnya anda yang syok sendiri.
2. bergelimpangan di depan tv dari pagi hingga petang.
- ini tidak lain tidak bukan adalah seseorang yang berputus asa dengan hidupnya dan menyerahkan segala-galanya pada takdir. dengan cara itu mereka tidak akan mungkin mereka fikir suatu hari nanti akan duit akan terkeluar dari tv tu. biarlah masa yang menentukanyya.
- reaksi orang sekeliling: semestinya akan mendatangkan kemarahan kepada emak anda kerana pinggan yang bertimbun di dalan sinki tidak dibasuh,baju didalam bakul tidak di jemur dan seperti biasa dia akan memulakan hujah-hujahnya.
1. dah bangun tidur balik.
- ini adalah yang terhuduh diantara yang terhuduh. bangun pukul 9. breakfast, tengok tv sampai pukul 11, dengan tak mandinya anda akan menyambung semula tidur anda sehingga pukul 2 petang.
- reaksi orang sekeliling: susah untuk ditafsirkan. biasanya orang sekeliling anda tidak akan berkata banyak dan kemuadian dia juga akan join sama.