kalau kita cantik orang checkdout blog kita?

rapekan terkini. ada satu fakta,tak. maybe ia hanya auta, "jika kita cantik orang akan view blog kita". betul ke? agak merepek tapi ada sikit betul jugakla. tapi kalau blog mereka-mereka yang tak mempereknalkan diri tu, ada jek orang view.tak tahu pun dia tu jantan ka botino. eee...pentipu....statement tu pentipu... tapi yang betul tu macam hamis jalika. dia cantik. tak tipu. saya tunjuk kat kawan perihal belog blog dia,  kawan tu kata, siapa ni? cantikny!. lima jam berturut-turut belum habis lagi cerita dia pasal kecantikan hanis. balik rumah, dia bukak pula pesbuk hanis. fanatic gila dengan kecantikan hanis. dia turun dari langit gaknye..cantik betul! sebab tula dia faymes (bukan sebab dia seleb ok) dalam dunia pemblogan ni.

ok. habis cakap pasal orang cantik. (hampa sebab kita tak cantik T__T) apa korang rasa kalau korang ada adik-adik, bukan adik, tetapi adik-adik yang sangat anoying? mestilah rasa macam nak campak dalam kotak pastu pos pakai pos laju hantar pergi haiti kan? tak pun kalau ada pistol nak tembak macam buat muka serius yang ganas gitu pastu jalan dengan penuh bergaya pastu tembak. lepas tembak pusing belakang pastu tiup pistul tu. fuhhh..rasa macam puas jek kan? kalau ada kakak dengan abang lagi musnah hidup lagi-lagi time kita kecik lagi pastu kakak atau abang tengah-tangah baru nak naik gitu. haish! dalam masa 4-5 tahun tu lah perjalanan kehidupan yang paling binasa. sehari kalau tak nangis tak sah!memang teruk kena buli. masa tu rasa kalau kita lagi besar daripada diorang rasa macam nak pijak-pijak macam sambal belacan! tapi malangnya, kita kecik..buli itu talah sebati dalam hidup seorang adik. tapi bila dah besar, tiba-tiba jadi geng pulak. buli adik yang lagi kecik pulak. haha! balas dendam*

apa-apa pun, terima kasih kepada kotex kerana menyerikan lagi hidup saya!^__^ apa kena- mengena? tiba-tiba.. comelnya mengimbau kenangan lalu. kecik-kecik dulu masa duduk dengan nenek kat kampung, belum pindah bandar lagi, aktiviti utama ialah memanjat pokok. pastu nenek marah. bukan nenek jek marah, orang kampung semua marah -__- habis semua dahan pokok yang rendah-rendah tu diorang potong supaya tak dapat panjat. sakit hati betul dengan kiteorang. makcik-makcik ni jeles sebab diorang tak boleh panjat pokok tu. tapi nasib baik kitaorang ni akal panjang, jumpa tangga kat tepi rumah. angkat ramai-ramai bawak kat pokok pastu panjat pakai tangga. lagi senang. tak payah susah payah nak memanjat. naik jek tangga. hikhik~ lepas tu kena marah lagi. diorang sembunyikan tangga. jumpa pulak kerusi buruk. kerusi buruk pun jadik asal dapat panjat pokok! lepas da boring panjat pokok, pokok-pokok semua dah diterokai, panjat tinag elektrik pulak.....???....betul. tak tipu. sekarang, bila tengok tianag elektrik, nampak macam tinggi, bayangkanlah masa umur 9 tahun dulu tinggi mana tiang elektrik tu. macam mana boleh panjat? dasar mon.. lepas tu boleh show off la kat makcik-makcik yang potong dahan pokok tu, wek!wek!wek! tak boleh potong tiang elektrik...:P

ok. berbalik kepada cerita buli. masih lagi di kampung. sekolah rendah dengan abang. masa tu kakak dah sekolah mengenah. kat bandar la konon sekolah mengengah. dah tak campur dengan kitaorang lagi. konon dah besar la. padahal umur baru 12 tahun. baligh pon belum. aaahahaha! (masa dia form one 12 tahun sebab lompat masa PTS) selalu kena buli denagn abang kat dalam bas. pastu pak cik bas tu pon join sekaki buli. teruk tau pak cik ni. patutnya marahlah abang sebab buli kita, ni boleh pulak dia join skali. T__T sehari kalau tak nangis memang tak sah! kene buli kat rumahnya lagi lain cerita. mengadu dengan nenek takde tindak balas. mengadu dengan mama, ada lah bunyik sikit. mengadu dengan abah, ada bunyi tapi tak meninggalkan kesan. paham tak aku cakap apa? tak paham tak apa lah. mase tu adik dua orang tu kecik lagi. tak tahu apa-apa. still isap susu sambil gentel lampin lagi. sampai sekarang pon dia gentel kain lagi... maybe sebab tu la aku dengan abang agak rapat. ada chemistry. *berkat kena buli...

 kenapa muka dia macam perempuan? sebab ada towel kat leher kot..tiba-tiba. tapi! dia bukan dari golongan itu!
ok. baru nampak macho. dengan memakai topi tetapi tidak berbaju.


 sebenarnya dia nak cakap "benda tu sikit jek!" ok. ekspressi terlebih. tak paham? tak pelah. tak masuk exam pon. oh ya! ini kakak!

macam kat kedai gambar pon ada jugak. ok. adik 1. siap nak ada nombor...

adik 2 yang lincah. mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa adik 1 dan adik2 sangat berbeza. well, adik 1 terlebih vitamin, adik 2 jaga badan..tapi diorang sangat rapat. kalau 1 tak ada nanti lagi 1 mesti macam tak betul sikit. beza umur cuma 6 bulan sahaja. memang sangat close. tadi baru lepas gadoh. nangis sorang.

siapakah??

 kasut siapa paling kotor?? kekotoran tidak kelihatan pada gambar. tapi kalau tengok depan-depan............


tengah belajar mate mod yang cukup "menyeronokkan"!

ok. its me on the left. tengah bergebang dalam kelas. haish...teruk betul! ok, lepas ni belajar rajin-rajin!

* arwah pak cik bas. allayarham bani bin moin.