macam mana nak gemok?

masa lahir dulu, aku la yang paling berat dalam family ni dan yang paling panjang. even abang pon lagi kontot dari aku. tapi mama kata bayi lelaki akan lebih panjang dan lebih berat dari bayi perempuan. itu lumrah alam. tapi aku? putar alam. baby gemok mata kecik -__- tapi sekarang, aku yang paling ringan! tolak adik no 2 la. dia ada exceptions. pada tahun 2009 adalah jangka masa aku yang paling kurus! berat hanya 41 kg dengan tinggi yang 160 cm. eee...tak stabil. kalau orang tengok nanti dia akan membayangkan angin kuat lalu dan menerbangkan feyqa maria lalu feyqa maria akan berpaut pada pokok supaya tidak terus dibawa angin ke ireland.

tapi sekarang pada tahun 2010, sudah ada kemajuan! berat aku dah naik 3 kg! yey! *happy dancing kejap. ast timbang 43/42 kg kini telah manjadi 46 kg.sebelum ni, berat aku tak pernah lebih dari 45 kg. tak payah 45 la...43 pon tak pernah. bayangkanlah 3 kg tu banyak mana. mama beli ayam 2 kg satu plastik masok dalam esbok. bila tengok ayam-ayam tersebut memang debab. bayangkan 3 kg tu adalah seketul daging yang debab! wow!  tapi 3 kg daging yang debab tu pergi ke mana? bila tanya kawan, aku dah gemok kan? tak ada respon negatif. semua positif belaka. "tak lah. mana ada. biasa jek aku tengok." atau "jangan nak perasan. kau tu papan kau tahu!" T__T hampa... tahu tak penat aku pergi timbang dekat plaza masok duit 20 sen x 2, siap pergi buat muka seposen mintak tukar duit dengan orang-orang berjual kat situ untuk tahu yang berat aku dah naik 3 kg!

so, MACAM MANA NAK GEMOK? orang selalu tanya  MACAM MANA NAK KURUS? tapi soalan aku mungkin akan membuatkan makciks atau akaks yang baca ni buat muka dendam. kalau kata makan banyak-banyak nanti gemok, tak tahulah banyak mana lagi aku nak makan. sampai dah ada gelaran untuk aku kat rumah iaitu 'si gagah'. paham maksud saya? bahkan, aku makan adalah lebih banyak berbanding adik no 1. senyap tau! ni rahsia. jangan bagi tahu sesiapa. sshhh....

ada lagi orang kata tidur boleh gemok. tapi tu betul la. mengikut kajian adalah seorang hamba Allah ni, ya! tidur boleh jadikan kita gemok dan tak lupa juga malas. jap. tertinggal perkataan 'yang berlebihan'. jadi, marilah kita beramai-ramai buat taik mata dan saliva basi yang banyak. marilah kita tidur di dalam kelas tatkala guru atau subjek yang menyeronokkan itu membuatkan syaitan yang durjana itu bertenggek di mata kita. marilah juga kita tidur pada sinag hari. marilah ewah.. *dikir barat

ingat lagi time beli jam dengan kakak, amoi santek tu kata kitorang kurus. lawa. ceh...cuba mengambungkan dua ayat tadi dengan kata hubung sebab.  dia kata dia dah diet tapi tak kurus-kurus jugak. tapi tengok dia cantek jek. tak adalah gemok sangat. cuma agak montel la. dia cakap dia gemok. makan gemok, tak makan pon gemok. ayyo! tapi, tak semestinya gemok itu tak cantik. gemok itu cantik. kalau tak, kenapa aku beriya sangat nak gemok? kau ingat kurus melidi ni lawa la? ha? ala-ala model skinny gitu? jangan nak perasan!

tapi aku pasarah...ku menangis...mengenangkan keindahan...lagu rossa jap. tiba-tiba. aku adalah dari kategori manusia yang bermetabolisma tinggi. aku makan banyak mana pon, badan aku tetap maintain jek. wah! perasan sudah. tapi sini ada satu rahsia, rahsia lagi... dulu, masa kecik, aku gemok. bukan masa baby la! basa baby aku tahu aku yang paling debab dengan mata yang tenggelam disebalik pipi yang membuak-buak. bagus betul mak aku. apa dia makan masa pragnent? ni yang lain. dulu, masa aku dalam 11-12 tahun gitu, aku gemok. harap maaf. rajah adalah tidak disediakan. hanya individu tertentu sahaja dibenarkan untuk melihat gambarajah comel tersebut. betul tau. ok sambung balik.  tak tipu. lepas tu jek, tiba-tiba terkurus, kurus, kurus,kurus dan kurus! jadi sekarang, misi saya dalah untuk mengembalikan semula lemak-lemak dan daging-daging yang telah hilang secara tiba-tiba.


sekarang tibalah masanya untuk.....MAKAN!!!!
*mama masak kari~

hitam keping a.k.a asam keping
*sila baikan lokasi atau background