dah lama penyakit ni tak mengganggu hidup aku. tiba-tiba dia datang balik. masa kecil dulu, aku selalu kene fobia yang sangat teruk. kadang-kadang sampai tak boleh nak bernafas, jantung aku berdegup macam baru lepas masuk pertangdingan lumba lari, bulu roma berdiri, panic tak tentu fasal and ada sekali tu sampai aku kena bawak pergi hospital. sebab dah tak boleh kawal. aku mangangis meraung-raung. selalunya kalau fobia aku ni datang nanti mak aku akan tenangkan aku. dia peluk aku kuat-kuat then baca ayat-ayat. pastu aku tidur. pastu masa tu sampai tak boleh kawal, bapak aku hantar pergi hospital then kene inject. tapi tu cerita dulu lah. masa aku kecik-kecik. semakin aku besar, aku makin tahu nak kawal benda tu dan aku akan mengelakkan diri aku daripada melihat benda-benda yang boleh membuatkan aku fobia.
tapi semalam, dia datang balik. aku tak salahkan kawan aku yang hantar benda tu kat aku sebab dia tak tahu.aku pun tak pernah bagi tahu sesiapa pasal benda ni. aku tak nak cakap benda apa yang buatkan aku fobia sebab bulu roma aku dah naik pun sekarang ni. mysophobia: An exaggerated or irrational fear of dirt or being contaminated by dirt or germs. ya Allah, aku menguatkan semangat untuk menulis benda ni padahal air mata dah setong mecurah. simtom-simtom fobia ni ialah akan berasa panic tak tentu fasal, rasa ngeri, rasa takut yang teramat sangat (sbb tu bulu roma aku berdiri rasa macam nak kena rogol), jantung akan berdegup dengan laju, menggigil, sentiasa berasa cemas dan gelisah dan akan sering memikirkan perkara tersebut seperti perkara itu tidak mahu keliar dari kotak fikiran, berpeluh yang berlebihan, nausa, mulut berasa kering, feeling sick, tak boleh bercakap atau berfikir dengan jelas, hilang kawalan, malah ada yang lebih teruk lagi seseorang individu tang ada misophobia ni dia akan menjadi sangat, sangat, sangat pembersih.tapi aku tak seteruk tu. selalunya benda ni akan berlanjutan selagi benda yang membuatkan kita fobia tu masih ada dalam fikiran seseorang yang mengalami penyakit ini. ianya bergantung kepada ingatan seseorang itu. jika dalam masa seminggu dia dapat lupakan benda tersebut, maka dia sudah pulih.
tahun lepas nyaris-nyaris aku nak kena lagi tapi nasib baik sempat elak. kawan aku ceritakan tentang orang kena barah gusi. aku takkan ceritakan macam masa kondisi orang tu sepertimana yang kawan aku gambarkan. lepas tu dia kata esok dia bawak gambar orang tu dari newspaper. betol. esoknya dia bawak tapi aku tak tengok sikit pon. semalam, aku TERtengok satu gambar ni yang membuatkan fobia aku datang lagi. aku fikir aku tengok tak sampai lima saat pon, hanya sekali imbas tetepi kesannya cukup besar. malam tu aku tak boleh tidur. dalam pukul 3-4 pagi gitu baru tidur. mula-mula nak buat homework tapi tak jadi sebab aq menggigil dan diserang simtom-simtom di atas tu tadi. aku menangais dalam bilik air sebab tak nak mama dengar and susahkan dia lagi. cukuplah dulu dia susah nak jaga aku yang berpenyakit macam ni. esok paginya(pagi tadilah) aku terpaksa mandi dengan menutup mata dan tutup lampu supaya aku tidak dapat melihat apa-apa.
aku bukan nak gedik atau megada-ngada pasal gambar gitu pun nak kecoh. gedik kot korang kata. kalau korang kata, "ish pompuan ni, tak yah la nk gitu sekali. bukannye apa pun. gambar macam tu je" itu pada korang. tapi lain jadinya pada aku. bukan nak mengada-ngada tapi nak cakap dengan korang jangan buat aku macam ni lagi! dah bertahun-tahun penyakit aku ni hilang and aku ingatkan dah baik. tapi sebab benda yang pada korang tak ada apa-apa tu, aku jadi macam ni semula. aku tak tahu bila benda ni akan hilang. mungkin seminggu lagi kot, atau 2 minggu, maybe sbulan, or maybe tahun depan kot.
apa yang pasti sekarang, aku sangat fobia nak buka facebook sampai dia cakap dengan aku dia dah delete benda bodoh tu!
moral of the story:
jangan ingat semua benda itu remeh. jika seseorang itu mengatakan tidak atau jangan sila hormat pendirian beliau. pasti ada sebab mengapa ianya tidak bolah atau jangan! dan jangan bertindak mengikut suka hati sehingga menyebabkan kesusahan kepada pihak lain.