Kisah Coti 5: Berjimba Ramba!

hari rabu. kalau hari rabu apa yang menarik anak-anak? movie's day out!!! betul. pandai. jinak je... tahu itu apa karate kid? tak tahu mak! tak tahu tak apa. nanti dah besar tahu la ye. mak malas nak cakap.

baiklah. cerita ni best gila. tapi malangnya, aku tak tengok cerita ni pon sebenarnya. niat dari minggu lepas memang la nak tengok cerita ni kan, tapi apakan daya T__T mereka lebih pantas dari aku. hukhuk... pak cik movie tu kata, cerita ni daripada hari first dia keluar sampailah sekarang memang asyik full jek. huh! bengkek betul aku bila pak cik tu cakap gitu. tapi tak apalah, support our local product, aku pon tengoklah cerita yang ditunggu-tunggu ramai, lagenda budak setan.

best la jugak cerita ni. boleh la. suka quotes dia, 'no woman no try, be a man with no cry'. wah!

lepas tengok movie tu kita orang pergi jalan-jalan round-round town-town jb. disebabkan kamal, seorang kawan, lambat sampai aku dan cousin aku terpaksa tunggu dia sampai nak terbuang air besar, dia kena bawak kita orang yang dah lama tak nampak dunia luar ni jalan-jalan sambil cuci mata. dah macam katak dalam batu. lagipun cousin aku tu dah nak berhambus ke PLKN. ^__^ good luck ye! yang paling aku benci sekali bila tengook movie bila masuk-masuk jek cerita dah mula. hurggh! lebih baik tengok iklan yang berjela tu!

kita orang pergi danga bay. biasalah, mercu tanda orang johor kan. maaf ye tak ada gambar kerana phone semua cikai gila. gambar semua pada kamal. haha! mana ntah si kamal gemok pendek ni... lepas tu pergi makan dekat singgah selalu. orang johor mesti tahu singgah selalu!  lepas tu pergi pusing-pusing mana-mana jek.  last-last tak tahu nak pergi mana. balik. jb memang susah cari tempat lepak untuk budak-budak. orang jb pon tak tahu nak pergi mana. semua tempat rasa macam formal jek. tak sesuai untuk budak-budak . imean bukan budak-budak tadika. budak-budak besar. ya, budak-budak besar. harap sulatan johor yang baru ni akan lebih memahami insan-insan seperti kami dengan mewujudkan dan membangunkan jb dengan lebih "mesra remaja" lagi sebab tuanku pun ada anak sebaya kita orang kan?