My Water Moments

entry ni nampak macam siaran ulangan, tapi tak apa! demi menyahut cabaran nuffnang dan mereka-mereka yang telah dulu membuat entry tentang bilik air diorang, saya akan buat apa sahaja walaupun cakap benda yang sama dua kali!



hmm...seronoknya main air! tapi lagi seronok kalau ada camera yang boleh bawak masuk dalam air. walaupun saya menggunakan camera dslr Nikon D1000 kepunyaan saya punya kawan saya masih tidak mampu untuk menangkap gambar ikan di dalam air. masa ambil gambar ni pun semua, salah seorang kena diri atas batu jauh-jauh untuk mengelakkan percikan air yang terjun dengan riang mengenai camera mahal sungguh tersebut. apa yang saya mampu hanyalah



menagkap gambar anak-anak ikan yang kegirangan dari atas permukaan air seperti ini. siapa nampak ikan? dengan air kehijauan yang sangat attractive dan batu tertimbul yang menarik perhatian tu, siapa nampak ikan memanglah! dialah yang paling hebat! dalam banyak-banyak gambar, gambar ni lah yang paling mengujakan! wah!! siapa nampak ikan duyung lagi teror...

kalaulah saya ada sekeping camera sony tx5 yang nipis lagi kalis air dan suhu serta tahan gegaran dan kalis habuk, perkara pertama yang akan saya lakukan ialah,

berposing seperti ini!!!! waaaahhhh!!!!!

dengan camera sony tx5 yang slim lagi bergaya ni, saya dapat menjakunkan diri dihadapan member-member dengan menyelam sedalam tiga meter dan mengambil gambar saya lemas dengan penuh bergaya! saya juga dapat mengambil gambar di kutub utara atau di dalam freezer dengan suhu negatif kerana tidak mampu ke kutub utara! selain itu, saya juga boleh menyimpan camera ini selama lima tahun dan selepas itu ia masih bersih tidak berhabuk kerana ianya dust frre! (otak hang...suka kau jek) dust free maksudnya boleh mengambil gambar dalam keadaan apapun contohnya dalam ribut pasir di gurun sahara dan hasilnya masih gambar yang sempurna dan bersih! lagi pun kalau ada camera ni saya boleh berlagak dengan tengah ambil-ambil gambar konon-konon camera terjatuh la, pastu kutip balik dengan muka bangga dan terus ambil gambar. cehh... pasti orang sekeliling akan buat muka takut sebab camera saya akan rosak selepas jatuh tapi lepastu diorang buat muka terkejut pulak sebab camera saya masih elok! inilah kuasa SONY TX5!

bukan itu sahaja, camera kurus lagi slim ni juga boleh  mengambil 10 gambar dalam 1 saat! power tak powerlah kan.. boleh ambil gambar orang tengah tendang bola! ha...lu boleh ke pakai camera enset lu?

kalau nak ambil gambar orang tengah main gelung pusing-pusing pon boleh. dengan camera ni, gambar akan menjadi sharp dengan kuasa anti motion blur dengan melapiskan enam frames kepada satu dengan gambar 50% kurang noise! maknanya korang boleh shoot dengan ISO yang tinggi dan dalam keadaan low-light environment tapi gambar korang still clear dan sharp.

lepastu, camera sanggih ni jugak boleh ambil gambar benda-benda yang panjang atau tinggi dengan penuh tau! caranya korang hanya perlu gerakkan dia ke kiri atau kanan sambil shoot untuk gambar yang melintang, kalau gambar yang panjang contohnya KLCC korang tarik la dari atas sampai bawah pastu shoot skelai. senang jek kan? lepasni tak payah dah nak diri jauh-jauh tiga batu just nak ambil gambar Heidi Klum dari kasut sampai sepit rambut.

mama!!!! nak camera ni!!! eh salah. Nuffnag!!! nak camera ni!!!! hukhukhuk....):