Kemana selepas SPM?

hala tuju selepas SPM:
  1. PLKN
  2. Masuk MARA amek kemahiran 6 bulan
  3. terkangkang depan tv, terlentang depan laptop
  4. kerja dekat 7-E
  5. pergi melancong
  6. mendaftarkan diri di pilot academy
semestinya no.6 adalah pilihan aku. tapi lepas dah genap 18 tahun lah. tapi, aku tak nak. aku lebih rela kerja dekat 7-E. lepas dapat result, kalau ada rezeki, aku nak masuk matix dulu. setahun jek kan. lepas tu baru boleh pergi amek degree. walau apa pon, aku mesti nak amek degree dulu. degree itu penting! cita-cita nak belajar sampai phD  level, tapi kata mama, yang amek phD tu semua dah tua-tua. diorang pergi kerja dulu lah kan. nak amek phD bukan murah. sebab tulah kena kerja dulu. umur dah 30, kewangan dah stabil, barulah boleh amek phD.

kenapa tak nak terus jadik pilot jek? sebab, degree itu penting. apa-apa pun, mesti nak ada degree. misal katalah kan, tak ada rezeki nak jadi pilot, saya masih boleh jadi engeneer. nak jadik pilot bukan murah woah! ribu-ribu riban! siapa nak tanggung??

tapi, lepas baca satu buku ni, true spirit by jessica watson, i believe that nothing is impossible! dia banyak bagi kata-kata semangat untuk seseorang tu mencapai impian dan cita-cita dia walau betapa besar pon cita-cita tu. jessica watson ni teravel around the world seorang diri hanya ditemani kapal layarnya "ella's pink lady" semasa berumur 16 tahun! officially, dia jadi orang termuda berlayar seorang diri unresistant around the world. impian dia lebih besar dari dia. dia hanya remaja biasa seperti saya yang menghabiskan masa depan blog, facebook dan kapal lah of course. she gave me spirit to pursue my dream.

ok. back to the point. lepas degree nanti barulah boleh apply pilot. masalahnya sekarang, kos dia tersangatlah mahal. tapi, menurut kata seseorang, kita boleh cari sponsor! wow! hell yeah! tapi mestilah layak kan. kalau nak yang murah punya, pergi masuk TUDM la. tapi jadik macam askar lah nanti. 

sebenarnya, apa yang kita nak semuanya bergantung pada diri kita sendiri. aku percaya suatu hari nanti aku akan bawak kapal terbang tu. suatu hari tu tak kiralah 10 tahu lagi ke, 20 tahu lagi ke. yang penting, aku akan bawak para penumpang ke paris dengan selamat! i want this so badly. this is not a childhood dream or daydream like to marry a prince. i believe this is my future and victory is on my path.



she encourage me a lot